Individu hairan ada peniaga tak nak terima wang kertas RM50 sebab tak pernah tengok tandatangan baharu

Individu hairan ada peniaga tak nak terima wang kertas RM50 sebab tak pernah tengok tandatangan baharu

Individu hairan ada peniaga tak nak terima wang kertas RM50 sebab tak pernah tengok tandatangan baharu. Kerana wang kertas yang telah ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara yang baru, seorang peniaga kedai didakwa menolak untuk menerima duit tersebut daripada pelanggan untuk urusan jual beli di kawasan ini.

Perkara itu dikongsikan seorang pemilik Facebook bernama Ya Kepong menerusi grup media sosial Kuala Terengganu Residen yang mendakwa pemilik kedai enggan menerima wang tersebut yang dianggap palsu susulan tidak pernah melihat tandatangan baharu berkenaan.

“Duit ini duit betul ke tidak. Sebab beli barang kat sebuah kedai ni.

Individu hairan ada peniaga tak nak terima wang kertas RM50 sebab tak pernah tengok tandatangan baharu

“Pemilik kedai tak nak ambil duit itu sebab dia kata tandatangan pada wang kertas tu, dia tak pernah tengok,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap hantaran tersebut.

“Betul dah tu…Gabenor Bank Negara terkini, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour. Itu lah tandatangan dia,” tulis Mohd Hafiz Ridzuan di ruangan komen.

“Tandatangan Gabenor Bank baharu tu…Peniaga seharusnya peka dengan perkara terkini,” kata Que Tomang.

“Terima kasih kongsi hantaran ini. Rupanya kita sudah bertukar Gabenor Bank. Saya tak rajin nak semak tandatangan pada duit,” ujar Nurin Fiey Fiey.

“Lawa dan kemas tandatangan pada wang kertas tu…saya suka tengok tandatangan beliau,” kata Juliana Mohd Rashid.

“Lepas tengok hantaran, saya terus buka beg duit untuk semak tandatangan pada wang. Terima kasih yang buat hantaran ini.

“Kalau tidak sampai sekarang tak tahu bahawa rupanya tandatangan wang kertas tu ada berbeza,” kata Fazira Azumie.

Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa 1 Julai 2023.

BNM dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pelantikan Abdul Rasheed itu adalah setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun sehingga 30 Jun 2028.

Beliau mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, yang menyempurnakan tempoh lima tahunnya pada 30 Jun 2023.

Abdul Rasheed mula berkhidmat di Bank pada tahun 1988 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada tahun 2016. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya.

Beliau juga mempunyai MBA daripada Saïd Business School, Oxford University.

Sepanjang kerjayanya, Abdul Rasheed pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan. Beliau kini merupakan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak tahun 2015.

Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan Pelan Sektor Kewangan.

Sumber : FACEBOOK

Baca Lagi:
Bayi ditinggalkan di masjid dengan sepucuk surat, isinya mengejutkan orang ramai
Orang ramai dinasihati periksa tangki air selepas kecoh jumpa tulang kepala babi dalam tangki air rumah
“Untung kahwin dengan Datuk”- Intan Najwa kongsi rutin harian selepas kahwin
CATEGORIES