Tekanan dengan mak kandung dan ayah tiri, akhirnya perbuatan aku ‘makan diri’. Hi pembaca semua, nama aku Jiya berusia 14 tahun. Hidup aku yang baru setahun jagung ini tersangat lah malang dan menyedihkan. Terasa diri ini s*al dan su*dal.
Maaf aku sangat tertekan. Tak tahu macam mana nak menulis untuk aku luahkan. Nak lukis apatah lagi.
Berlatar belakangkan family yang broken. Mak dengan ayah aku dah bercerai dari aku kecil lagi.
Sekarang masing-masing dah ada family baru. Aku tinggal dengan mak dan ayah tiri aku. Hasil perkahwinan baru, mak dikurniakan 2 orang anak. Di sini lah episod cerita lara aku bermula.
Aku tak pernah la kena pukul teruk bila kena marah dengan mak atau ayah. Setakad kena sepuk sikit-sikit tu adalah.
Tapi caci makian mereka tu cukup meremukkan hati aku. Lirik mata mak bila marahkan aku, sungguh perasaan bencinya dapat aku rasakan.
Sehinggakan tak ada hati aku nak menegurnya sebab tiap kali terpandang muka mak akan teringat mimik muka dan lirikan mata dia yang memandang aku dengan penuh kebencian.
Aku tak ingat bila hubungan kitaorang jadi macam tu, tapi ini berdasarkan fikiran aku yang puas aku fikir dan renungkan satu per satu di mana silapnya,
Aku dapat rumuskan kemungkinan mak aku ni stress dan kemurungan bila hubungan dia dengan ayah aku dulu problem.
Lepastu kan bercerai. Bila jadi single mother ni kan besar cabaran dia nak besarkan aku yang anak s*al ni kan. Tu yang agaknya aku nakal sikit mak aku terus hemburkan kata-kata kesat.
Aku ni dijadikan tempayan untuk dia curahkan rasa marah dia. Aku sedih dan hiba sebenarnya. Kalau lah boleh pilih, aku pun tak nak jadi anak emak. Tak nak ada broken family yang macam ni.
Fast forward, now mak dah ada suami baru. Lepas tu ada anak baru. Aku ni selalu dibanding bandingkan dengan adik-adik aku. Jujur aku jealous tengok diaorang.
Rasa diri secure dan disayangi. Disebabkan hubungan dengan mak dah lah macam tu, ditambah pula ayah tiri aku ni seakan-akan nak kongkong hidup aku. Ini tak boleh, itu salah.
Semua yang aku buat semua tak kena di mata dia. Sampaikan cara makan pun di marahnya.
Ada sekali tu makan sama-sama, aku suka laut siput sedut masak lemak.
Jadi masa dah hidangkan nasi tu aku amek la lauk siput tu dulu, terus ayah tiri aku ni maki aku depan makanan, dia kata anak kurang ajar tak ada adab, ambil lah makanan yang dekat dulu baru ambil yang jauh.
Aku macam, apa ayah ni, ini pun boleh jadi isu ke. Kalau pun nak tegur, cakap la baik-baik. Kurang ajar? Memang la tak ada siapa pulak yang ajar aku amek lauk tu, amek yang dekat dengan kita dulu.
Boleh apa cakap baik-baik. Aku pun boleh terima, belajar benda baru. Tapi kenapa perlu maki sampai melalut cakap benda tak berkaitan.
Terus hilang selera aku malam tu, masuk lah ke bilik dengan air mata dan kempunan nak makan lauk siput sedut masak lemak tu.
So jadinya ini hanya intro sahaja, now yang paling bala dan tak tahu lah nak cakap apa. Aku kat hospital ni. Aku terlibat dengan kes r*gol di bawah umur. Aku lah mangsanya. Tapi sebenarnya kitaorang suka sama suka.
Aku tak tahu iblis mana yang merasuk sampai aku terjebak dengan perkara ni. Haihh ntah lah. Aku yang serah diri di klinik sebab aku ingatkan aku pregnant, aku demam teruk, badan lembik dan muntah-muntah.
Doktor buat check up dan dig up history aku, end up aku tercerita yang aku dah berhubungan s3xual.
So doktor terus buat report polis, doktor call mak, tapi mak tak angkat. Aku wasap mak, mak cakap kenapa kau bagi tahu doktor, kan dah makan diri sendiri.
Sejujurnya aku tahu aku salah, aku terima apa pun orang nak kata aku, apa pun orang nak judge aku. Aku terima apa pun nanti hukuman nak dikenakan pada aku sebab aku tahu aku bersalah.
Salah pada makayah, salah pada cikgu, salah pada apa-apa saja. Tapi mak bukan tu yang jiya nak dengar dari mulut mak..haaa kan dah makan diri kau sendiri.
Tak boleh ke mak tanya kenapa aku buat benda-benda tu, apa yang menyebabkan aku sampai dah jauh hanyut ke situ.
Aku rindukan figure seorang ayah, lelaki yang ambil berat tentang aku. Yang sayangkan aku. Hmmmm..
By the way keputusan prengnancy negative, so at least one happy news. Others, korang doakan aku ya.
– Jiya (Bukan nama sebenar)