Wawa Zainal tanpa ‘makeup’, netizen terkejut tengok lainnya muka…

Wawa Zainal tanpa ‘makeup’, netizen terkejut tengok lainnya muka…

Wawa Zainal tanpa ‘makeup’, netizen terkejut tengok lainnya muka…. Bukan artis lah namanya kalau tidak mendapat sorotan setiap masa dari para peminat juga netizen. Tidak kiralah melalui sosial media mahupun ketika para artis ini berada di kawasan umum, pastinya gerak-geri mereka akan sentiasa diperhatikan oleh orang ramai. Kebebasan untuk melakukan aktiviti seperti orang biasa itu sudah tentunya tidak dapat dirasai oleh mereka.

Penampilan juga merupakan perkara utama yang sering menjadi tumpuan orang ramai. Nur Hawa atau terkenal dengan nama Wawa Zainal yang sememangnya seorang pelakon cantik ini juga masih tidak ketinggalan mendapat kritikan mengenai penampilannya.

Anak kelahiran Lahad Datu Sabah ini memang sudah jarang menonjolkan diri di kaca TV buat masa sekarang. Wawa dan suami iaitu Aeril Zafrel kini lebih menumpukan sepenuh perhatian dalam perniagaan mereka berdua berbanding kerjaya dalam industri hiburan.

Wawa Zainal tanpa 'makeup', netizen terkejut tengok lainnya muka...

Pasangan suami isteri Wawa dan Aeril ini memang sudah sangat terkenal di media sosial dengan gelagat lucu mereka yang sering menghiburkan serta penampilan mereka sekeluarga bersama anak-anak yang sentiasa bergaya.

Sebagai seorang artis yang sering harus menampilkan penampilan terbaik sebelum bertemu orang ramai mahupun berkongsi di media sosial, Wawa yang juga merupakan seorang pengusaha kosmetik ini memang sering mengenakan solekan penuh pada wajahnya sebagai salah satu promosi terhadap produk.

Namun apabila orang ramai sudah melihat wajahnya tanpa menggunakan solekan, ramai yang mula membandingkan pula wajahnya yang dikatakan amat jauh berbeza jika sudah mengenakan solekan penuh. Kenyataan netizen yang mula membandingkan wajah Wawa ini telah dijawab oleh tuan badan sendiri melalui video terbarunya.

Netizen dan peminat rata-ratanya menyokong kenyataan dari Wawa yang berkata bahawa dia juga merupakan manusia biasa yang mempunyai cacat cela di wajah dan bukannya dari keturunan campuran yang memiliki kecantikan semula jadi. Loghat bahasa Sabah yang digunakan Wawa dalam video tersebut turut menghibur mereka yang menonton.

Wawa Zainal tanpa 'makeup', netizen terkejut tengok lainnya muka...

Betul kata Wawa tu, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tak semua artis ada keyakinan yang tinggi macam Wawa dan boleh tunjuk muka tanpa mekap. Memang cantik sangat Wawa kalau tak bermekap pun.

Baca Lagi:
Ameera Khan ‘come back’ dah tak berhijab selepas 6 bulan ‘hilang’
Selamba lelaki makan nasi kandar guna meja mesin jahit klasik zaman 90-an
Lebih separuh lelaki Malaysia bergelar ‘datuk’ berkahwin di Thailand sebab tidak dapat keizinan isteri pertama
CATEGORIES