Geng-geng PN akan terduduk dalam sebulan lagi – Rafizi

Geng-geng PN akan terduduk dalam sebulan lagi - Rafizi

Geng-geng PN akan terduduk dalam sebulan lagi – Rafizi. Pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mempertikai kenyataan Rafizi Ramli berhubung isu penawaran dan permintaan barangan akan ‘terduduk’ dalam sebulan lagi setelah langkah itu difahami seluruh rakyat dengan rasional.

Menurut Menteri Ekonomi itu, usaha untuk menyuntik keanjalan dalam permintaan diperlukan sebagai satu mekanisme kawalan harga.

Menurut beliau, perkara itu secara tidak langsung dapat mengembalikan kuasa pengguna.

Geng-geng PN akan terduduk dalam sebulan lagi - Rafizi

“Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat. Kita mula dengan yang ini.

“Jangan takut dengan pandangan umum. Insya-Allah rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta.

“Dalam sebulan lagi, geng-geng PN yang pertikai semua akan terduduk. Sama macam mereka terduduk soal-soal lain yang asalnya kontroversial tapi bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yang cerdik faham,” katanya dalam akaun Twitter beliau.

Sebelum ini, kenyataan Menteri Ekonomi bahawa pengguna perlu berperanan untuk menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini mencetuskan kritikan pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi.

Kata Rafizi, seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Baca Lagi:
Wawa Zainal tanpa ‘makeup’, netizen terkejut tengok lainnya muka…
“Aku vote kau dulu habis beratus-ratus, kau jadi macam ni? Sekali vote 50 sen tau”, netizen terkejut Saiful Malaysia Idol jadi terlalu ‘wanita’
‘Siapa suruh beli aiskrim saya, kan dah kahwin dengan saya’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *