“Aku vote kau dulu habis beratus-ratus, kau jadi macam ni? Sekali vote 50 sen tau”, netizen terkejut Saiful Malaysia Idol jadi terlalu ‘wanita’

“Aku vote kau dulu habis beratus-ratus, kau jadi macam ni? Sekali vote 50 sen tau”, netizen terkejut Saiful Malaysia Idol jadi terlalu 'wanita'

“Aku vote kau dulu habis beratus-ratus, kau jadi macam ni? Sekali vote 50 sen tau”, netizen terkejut Saiful Malaysia Idol jadi terlalu ‘wanita’. Penyanyi yang juga peserta rancangan realiti Saiful Malaysian Idol kembali menjadi topik perbualan ‘hangat’ netizen apabila video yang menampilkan imej terbarunya tular.

Saiful yang seangkatan dan sebumbung dengan penyanyi bersuara tinggi, Jaclyn Victor itu kali terakhir muncul dengan single Aku Ada Di Sini terbitan Sony BMG Music Entertainment sekitar 2008.

Perkembangan anak kelahiran Kuching, Sarawak berkenaan terus sunyi dari radar muzik tanah air apabila namanya sering dikaitkan dengan penampilan seperti wanita.

Saiful pernah membuat kenyataan kepada Berita Harian pada 2007 berhubung isu berkenaan dan menegaskan tidak semestinya lelaki yang berjambang dan bermisai itu tulen.

“Aku vote kau dulu habis beratus-ratus, kau jadi macam ni? Sekali vote 50 sen tau”, netizen terkejut Saiful Malaysia Idol jadi terlalu 'wanita'

“Saya memang lelaki tulen dan saya tidak perlu untuk membuktikan apa-apa semata-mata untuk memuaskan hati semua pihak,” katanya.

Menerusi sebuah video dimuat naik di TikTok, Saiful tampil dengan gaya wanita yang lebih anggun.

Malah, wajahnya kini dilihat lebih kurus dan runcing berbanding sebelumnya.

“Hai saya Saiful,” katanya ringkas.

Menerusi ruang komen, ramai yang terkejut dengan penampilannya yang dikatakan lebih ‘wanita’ berbanding dahulu.

Biarpun ada memuji tindakannya yang masih menggunakan nama Saiful, namun tidak kurang juga yang kecewa dengan imej tersebut.

Malah, ada yang mendoakan supaya pelantun lagu Ku Juga Mencintaimu itu diberikan hidayah.

“Aku vote kau dulu habis beratus-ratus, kau jadi macam ni? Sekali vote 50 sen tau”.

“Dia masih guna nama Saiful Alhamdulillah”.

“Semoga diberikan hidayah,”.

“Kenapa jadi macam ni, dulu aku minat sebab hensem sekarang kenapa macam ni”.

“Seriously, kenapa jadi macam ni,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

Eksklusif !!!….Tunggukan Temubual Artis Berbakat Besar Saiful Malaysia Idol Di Wafa Tv !!!

♬ Ku Juga Mencintaimu (Version 2008) – Saiful

Sementara itu, Gempak masih berusaha untuk mendapatkan respon Saiful mengenai isu berkenaan.

Terdahulu, kalau sebelum ini mungkin pernah ada kisah Saiful berubah ke arah ‘wanita’, tetapi kali ini memang transformasi begitu ketara, malah menurut dakwaan yang tular, Saiful kini mesra disapa Saifulina.

Menerusi perkongsian individu di laman twitter, ramai yang agak terkejut dan tidak menyangka perubahan yang drastik itu.

“Saiful Malaysian Idol sekarang dah jadi Saifulina. Cantik Hokay,” tulisnya.

Baca Lagi:
Lebih separuh lelaki Malaysia bergelar ‘datuk’ berkahwin di Thailand sebab tidak dapat keizinan isteri pertama
Kereta tiba-tiba terjunam masuk dalam kompleks beli-belah
Selepas 24 tahun, Tun Mahathir masih tidak percaya bekas anak didiknya boleh mentadbir negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *