Tak sempat merasa, Ferrari Enzo RM12.9 juta hancur dilenjan penghantar kereta

Tak sempat merasa, Ferrari Enzo RM12.9 juta hancur dilenjan penghantar kereta

Tak sempat merasa, Ferrari Enzo RM12.9 juta hancur dilenjan penghantar kereta. Sebuah jentera mewah jenama Ferrari Enzo yang merupakan antara kereta paling jarang ditemui di dunia, musnah dalam satu kemalangan ngeri di laluan berkembar di Jersey, England, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.

Kemalangan ngeri itu berlaku pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis lalu.

Model Ferrari yang dinamakan sempena nama pengasasnya iaitu Ferrari Enzo, dipercayai bernilai sekitar £2.5 juta (RM12.9 juta) dan hanya terdapat 400 buah yang dikeluarkan di seluruh dunia.

Kemalangan yang berlaku di Victoria Avenue itu melibatkan pertembungan dengan sebuah kereta Honda Jazz.

Tak sempat merasa, Ferrari Enzo RM12.9 juta hancur dilenjan penghantar kereta

Laluan berkembar itu ditutup dan perkhidmatan kecemasan berada di lokasi kejadian selama beberapa jam dengan Polis Jersi menggesa pemandu mengelak melalui kawasan itu.

“Ferrari Enzo itu sedang menuju ke arah bandar, melepasi lampu isyarat sebelum terbabas di atas pembahagi jalan dan berpusing sebelum bertembung,” demikian menurut kenyataan seorang saksi.

Jentera Ferrari Enzo mempunyai kelajuan maksimum sekitar 346 kilometer sejam dan dilengkapi dengan teknologi kereta lumba Formula Satu (F1).

Ferrari Enzo RM12.9 juta ‘dilenjan’ hingga remuk oleh penghantar kereta

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu tetapi seorang pemandu warga emas telah dibawa ke jabatan kecemasan hospital berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Terdapat laporan yang belum disahkan bahawa Ferrari itu sebenarnya dalam perjalanan untuk dihantar kepada pemilik baharunya.

Baca Lagi:
Kalah gaji menteri, senarai gaji pemain bola sepak di Malaysia
Sakinah bergambar dengan lukisan kek cawan, lain pula netizen perasan…
Dalam beberapa tempoh akan datang, hampir 600 cawangan bank di Malaysia dijangka tutup
CATEGORIES