Jambatan runtuh, 3 dilapor maut

Jambatan runtuh, 3 dilapor maut

Jambatan runtuh, 3 dilapor maut. Sekurang-kurang tiga disahkan maut, manakala 15 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah jambatan runtuh di Amazonas, Brazil, semalam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Amazonas, pihaknya melancarkan operasi mengesan mangsa yang hilang selepas jambatan itu runtuh di lebuh raya BR-319 di bandar Careiro yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Manaus.

Katanya, seramai 14 orang lagi mengalami kecederaan dalam kejadian itu yang berlaku ketika beberapa kenderaan sedang melalui jambatan terbabit.

Laporan media tempatan, G1, memetik beberapa saksi sebagai mendakwa jambatan terbabit mengalami keretakan sehingga mengakibatkan kesesakan trafik sebelum ia runtuh.

Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak respons kepada permintaan untuk komen, setakat ini.

Jambatan runtuh, 3 dilapor maut

Baca Lagi:
Kalah gaji menteri, senarai gaji pemain bola sepak di Malaysia
Dalam beberapa tempoh akan datang, hampir 600 cawangan bank di Malaysia dijangka tutup
Sakinah bergambar dengan lukisan kek cawan, lain pula netizen perasan…
CATEGORIES