Dalam beberapa tempoh akan datang, hampir 600 cawangan bank di Malaysia dijangka tutup

Dalam beberapa tempoh akan datang, hampir 600 cawangan bank di Malaysia dijangka tutup

Dalam beberapa tempoh akan datang, hampir 600 cawangan bank di Malaysia dijangka tutup. Kajian terbaharu daripada Roland Berger, syarikat perunding Eropah bertajuk Branching out – The future of retail banking networks bakal menyaksikan hampir 600 cawangan perbankan runcit di Malaysia akan ditutup dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Roland menjangkakan 18 peratus atau lebih 11,000 cawangan bank akan ditutup di Asia Tenggara pada masa akan datang. Penutupan ini selaras dengan kemajuan teknologi kewangan (fintech) yang menyaksikan pelanggan mula beralih kepada perkhidmatan digital.

Selain Malaysia, Roland turut menjangkakan jumlah cawangan perbankan runcit bakal menurun di negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

Dalam beberapa tempoh akan datang, hampir 600 cawangan bank di Malaysia dijangka tutup

Bagi Philippe Chassat, rakan Kongsi Kanan Roland Berger, beliau melihat penutupan perbankan runcit di Malaysia adalah selaras dengan pelan kerajaan untuk merancakkan perkhidmatan digital.

Sebagai contoh, bagi mencapai sasaran iaitu separuh daripada populasi di Malaysia akan menjadi pengguna e-dompet menjelang 2025. Kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menyalurkan insentif RM50 kredit e-dompet yang dimanfaatkan 11.36 juta rakyat. Program itu menyaksikan RM567.9 juta dimanfaatkan penerima.

Tambah Chassat lagi, pada 10 tahun akan datang, keadaan sosioekonomi dan teknologi di kebanyakan rantau akan memperlihatkan perubahan radikal berlaku di dalam sektor perbankan.

Bank di seluruh dunia perlu mempercepatkan perjalanan transformasi cawangan, mengoptimumkan kedudukan dan model perniagaan. Bagi memastikan kejayaan dan kelestarian jangka panjang, bank perlu menggunakan kerangka kerja transformasi yang tersusun dan holistik.

“Bidang utama yang harus dipertimbangkan adalah lokasi terbaik bagi penempatan cawangan untuk memaksimumkan perkhidmatan pelanggan dan penjanaan pendapatan.

“Selain itu, bank perlu meningkatkan produktiviti cawangan bagi memaksimumkan keuntungan, memperkayakan pengalaman pelanggan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan untuk bersaing dengan bank yang lebih inovatif serta mengubah pemikiran, selain menanamkan teknologi baharu dalam organisasi.

“Bank mesti bersedia untuk memikirkan kembali jaringan cawangan mereka secara radikal untuk 10 tahun ke hadapan,” katanya.

Baca Lagi:

Mukhriz dedah sesuatu, PM Ismail Sabri akan dipecat dari UMNO?

Sakinah bergambar dengan lukisan kek cawan, lain pula netizen perasan…

Diminta berdoa, solat hajat supaya tak berlaku empangan Kenyir pecah

CATEGORIES