Warga emas berpakaian lusuh kutip daun kering rupanya jutawan

Warga emas berpakaian lusuh kutip daun kering rupanya jutawan

Warga emas berpakaian lusuh kutip daun kering rupanya jutawan. Seorang warga emas di sebuah kampung di Jawa Barat yang disangka pengumpul daun kering, rupanya hartawan yang memiliki sebuah rumah mewah bagaikan istana, lapor akhbar TribunJabar pada 15 April 2024.

Rakaman video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @misterkonde3 itu tular di media sosial dan mengejutkan ramai netizen.

Menerusi rakaman itu, warga emas berkenaan dilihat mengenakan pakaian lusuh sambil membawa daun kelapa kering dan daun pisang dari sawah berdekatan.

Warga emas berpakaian lusuh kutip daun kering rupanya jutawan

Namun, siapa sangka disebalik penampilannya yang serba sederhana, wanita itu merupakan pemilik rumah mewah di kampung tersebut.
Rumahnya yang terdiri daripada dua tingkat dibina di kawasan seluas 1 hektar itu dihiasi dengan patung berbentuk kuda serta ukiran bercorak emas di dinding.
Lebih mengejutkan apabila pelbagai jenis kereta berada di dalam garajnya seperti Toyota Fortuner dan Honda Civic.

Warga emas itu sebenarnya seorang usahawan dan mempunyai berhektar-hektar sawah.

Biarpun dia antara orang terkaya di kampungnya, wanita itu memilih untuk hidup sederhana.

Dalam satu video, warga emas itu dapat dilihat menghulurkan sumbangan kepada sekitar 1,000 penduduk menjelang Aidilfitri.

Berkat kemurahan hatinya, ketika cuti Aidilfitri, penduduk berpusu-pusu ke kediaman mewah wanita itu untuk berhari raya.

Baca Lagi:
Kecoh kolej UiTM Puncak Alam didakwa diceroboh dengan geng lelaki ‘ajaran sesat’ berjubah hitam
“Masa bercinta macam-macam buat dengan pakwe, sekali masa nak kahwin ini yang terjadi..”
Lepas beberapa tahun, AstraZeneca akui vaksin Covid-19 keluarannya ada kesan sampingan
CATEGORIES