Pengemis berang tak diberi wang, pukul cermin kereta dengan selipar

Pengemis berang tak diberi wang, pukul cermin kereta dengan selipar

Pengemis berang tak diberi wang, pukul cermin kereta dengan selipar.

Kompas melaporkan, kejadian terbabit sempat dirakam seorang pengguna media sosial yang tak didedahkan identitinya di sebuah persimpangan di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.

Pengemis berang tak diberi wang, pukul cermin kereta dengan selipar

Menerusi video yang telah dikongsikan semula di laman Instagram, dapat dilihat seorang pengemis memakai baju t-shirt berwarna merah berdiri di sebelah sebuah kenderaan sebelum dia bertindak memukul tingkap kenderaan terbabit menggunakan selipar yang dipakainya.

“Kronologinya, dia (pengemis) meminta-minta wang dan selepas permintaannya tak dituruti, dia marah lalu memukul cermin kereta dengan selipar,” tulis kapsyen video terbabit.

Korang boleh tengok video tu kat bawah:

Mengulas video yang kini viral itu, Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) Kota Semarang, Fajar Purwoto berkata, rupanya pengemis dalam video terbabit sudah dua kali diberkas.

Difahamkan, pengemis terbabit disyaki mempunyai rangkaian yang beroperasi di kawasan lain.

Selain itu, Fajar Purwoto juga menyangkal dakwaan pengguna media sosial yang mendakwa pengemis terbabit tidak waras.

“Berdasarkan siasatan, kami sahkan dia (pengemis) tidak gila. Tetapi kadangkala bila tidak diberi wang, dia akan meludah dan mengetuk pintu kereta,” katanya.

Baca Lagi:

Pengemis terkaya! Mengemis lebih 13 tahun berjaya kumpul lebih RM150,000

Pengemis fasih berbahasa inggris meminta makanan, tindakan wanita ini buat ramai tersentap

Peminta sedekah ketuk kepala pelanggan tengah makan sebab tak bagi duit

CATEGORIES