Suami enggan balik beraya di kampung isteri di Kelantan, disuruh isteri balik sendiri hadap jem 10 jam

Suami enggan balik beraya di kampung isteri di Kelantan, disuruh isteri balik sendiri hadap jem 10 jam

Suami enggan balik beraya di kampung isteri di Kelantan, disuruh isteri balik sendiri hadap jem 10 jam. ‘PERANG’ pulang kampung sering berlaku dalam kalangan pasangan yang sudah berkahwin.

Mungkin kelihatan remeh, tetapi ada individu yang sangat tegas apabila berdepan dengan isu giliran pulang raya sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.

Itulah yang dialami oleh wanita ini apabila perlu ‘menghadapi’ sikap suaminya yang berubah menjadi seorang lelaki yang tidak memikirkan perasaan orang lain.

Suami enggan balik beraya di kampung isteri di Kelantan, disuruh isteri balik sendiri hadap jem 10 jam

Dia memberi contoh satu situasi ketika dia dan suaminya pulang ke kampungnya di Kelantan untuk menghadiri majlis pertunangan adiknya sendiri.

Disebabkan berlaku perselisihan faham ketika dalam perjalanan, suaminya membuat keputusan untuk berpatah balik ke rumah.

“Dia minta saya pulang sendiri. Saya cuba meyakinkannya supaya tidak berbuat demikian kerana majlis pertunangan adik saya akan berlangsung pada pagi esok, tiket penerbangan mahal dan kereta saya pun uzur. Sebaik sampai di dekat rumah, dia menyatakan agar saya pulang sendiri.
“Kereta saya sudah uzur, tingkap rosak dan tidak dapat ditutup, berbagai bunyi bising keluar. Saya tidak pernah membawa kereta itu pulang ke kampung, biasanya hanya untuk menghantar anak sekolah. Saya pulang dengan anak lelaki saya yang berumur darjah enam ke kampung, dalam perjalanan yang mengambil masa selama 10 jam.
“Saya tidak pernah memandu sejauh itu seorang diri pada waktu tengah malam dari Selangor ke Kelantan. Selepas dua jam saya menghantar mesej meminta suaminya temankan saya pulang, tetapi tidak ada balasan. Saya menangis dan meneruskan perjalanan pulang dengan anak,” katanya menerusi satu luahan di Facebook.

Menurut wanita itu, perkara hampir sama berlaku lagi apabila mereka mahu pulang ke kampung di Pantai Timur untuk berhari raya bersama keluarga masing-masing.

Seperti yang dijangka, suaminya enggan pulang ke kampungnya di Kelantan, sebaliknya berkeras untuk beraya di Terengganu pada Aidilfitri kali ini.

“Dia berkata, ‘Saya tidak mahu pulang ke rumah awak untuk raya kali ini. Jika awak ingin pulang, awak ikut saya pulang ke rumah saya di Terengganu sahaja. Kemudian awak boleh pulang sendiri. Jika tidak, tinggallah di sini’,” ujar wanita itu, mengingati semula kata-kata suaminya.

Walaupun berasa ‘makan hati’, dia mengakui masih mengikuti suaminya pulang ke kampung setiap kali Hari Raya walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai isu termasuk sikap ibu mentua yang suka bercakap terlalu banyak.

Selain keras hati, suaminya juga bersikap panas baran sambil menambah dirinya pernah ditengking di hadapan keluarga mentua.

“Rasa aibnya saya, tak berasa seperti seorang isteri. Suami saya ini apabila marah, selalu tinggalkan saya dan pulang ke kampungnya. Dia juga block nombor telefon saya. Ya Allah… saya rasa tertekan, trauma.

“Suami saya apabila marah, pernah memercikkan air ke atas saya, juga membuang makanan ketika dalam perjalanan pulang ke kampungnya,” ujarnya.

Apa yang dia kesali apabila dirinya dikatakan tidak seperti isteri orang lain kerana mengalami masalah kemurungan.

“Dia suka kata saya mental, tidak seperti isteri orang lain. Ya, memang saya merasa sedih. Suami suka lari apabila saya hendak mengadu, masuk dalam bilik. Saya minta dia keluar untuk mendengar masalah saya, tetapi dia tidak peduli,” katanya.

Wanita itu meneruskan luahan hatinya, perkahwinan yang sudah dibina selama 13 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat, dan dia ingin sebisa mungkin mempertahankan rumah tangganya.

“Saya pernah ingin bercerai tetapi dia tidak mahu. Tetapi dia selalu mengugut, jika tidak suka, bolehlah angkat kaki pergi. Dia tahu saya tidak akan melakukannya.

“Saya ingin pergi ke mana? Perniagaan saya di sini. Jika saya mempunyai rumah lain, saya sudah kembali ke rumah saya,” katanya mengakhiri bicara.

Baca Lagi:
Cik B ‘review’ bilik hotel di Makkah sepanjang 10 hari, terkejut bila dapat tahu harga cecah RM420,000
Siapa sebenarnya ‘bodyguard’ VIP yang ditembak di KLIA?, Ini latar belakangnya yang ramai tak tahu
Lagu ‘Alamak raya lagi’ viral di Indonesia, netizen Indonesia pesan jangan sesekali ‘claim’ rendang dari Malaysia
CATEGORIES