Cik B ‘review’ bilik hotel di Makkah sepanjang 10 hari, terkejut bila dapat tahu harga cecah RM420,000

Cik B ‘review’ bilik hotel di Makkah sepanjang 10 hari, terkejut bila dapat tahu harga cecah RM420,000

Cik B ‘review’ bilik hotel di Makkah sepanjang 10 hari, terkejut bila dapat tahu harga cecah RM420,000. Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida, iaitu Cik B, terkejut apabila mengetahui bahawa ibunya telah membayar sebanyak RM420,000 untuk kos penginapan mereka sepanjang berada di Makkah.

Melalui perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok milik Vida, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19 tahun, terlihat menjalankan room tour atau jelajah hotel tempat mereka menginap semasa menunaikan ibadah umrah.

Cik B juga sempat bertanya kepada Vida mengenai harga bilik hotel tersebut dan terkejut apabila mengetahui jumlah sebenar.

Cik B 'review' bilik hotel di Makkah sepanjang 10 hari, terkejut bila dapat tahu harga cecah RM420,000

“Berapa harga bilik hotel ini? Ya Allah,” terkejut Cik B mendengar Vida memberitahu harganya RM420,000.
“Saya nak review bilik kami sepanjang 10 hari di Makkah dengan pemandangan cantik Masjidil Haram.
“Ada tempat nak cuci baju, dapur memasak, mesin pencuci pinggan, tempat ambil wudhuk,” katanya.

Menerusi perkongsian video yang dibuat, yang lebih menarik ialah bilik hotel itu terletak betul-betul berhadapan dengan Masjidil Haram.

@datoserividaofficial Replying to @Dan @cikb_havoc66 Setiap kejayaan hasil berkat doa dan usaha kita . NAK BERJAYA KENA BUAT LEBIH DARI ORANG LAIN YA SAYANG 😊😊 #KongsiBersama #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #fypã‚·ã‚šviral #foryoupage #masukfypdong #dsvida #umrah2024 #cikb ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH

Menurut kata Vida atau Hasmiza Othman, 53 tahun, bayaran yang dibuat adalah berbaloi kerana lokasinya sangat berdekatan dengan masjid selain memiliki pemandangan yang menakjubkan.

“Berbaloi dengan harga dapat pemandangan macam ini dan dekat sahaja turun bawah terus ke Masjidil Haram,” ujarnya.

Pada 31 Mac yang lalu, Vida menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak atau Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, 17 tahun, dua minggu sebelum menyambut Aidilfitri.

Sebelum berangkat, Vida sempat memuat naik video di Instagram miliknya memohon doa agar dia dan keluarganya mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan di sana.

Baca Lagi:
Polis dedah suspek tembak di KLIA ‘pernah belajar pondok di Kelantan’
Anak perempuan ketua polis daerah maut tertembak diri sendiri guna pistol milik bapa
Lelaki hidap HIV solat taubat selama 2 tahun, lepas sihat lain pula yang jadi, makin rancak cari pasangan di aplikasi ‘seks songsang’
CATEGORIES