3 orang Melayu tersenarai daripada 50 orang terkaya di Malaysia tahun 2024

3 orang Melayu tersenarai daripada 50 orang terkaya di Malaysia tahun 2024

3 orang Melayu tersenarai daripada 50 orang terkaya di Malaysia tahun 2024. Nilai kekayaan kolektif 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 meningkat sebanyak dua peratus kepada AS$83.4 bilion (RM399.82 bilion), menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh Forbes Asia.

Menurut majalah perniagaan terkemuka itu, peningkatan tersebut didorong oleh kenaikan pasaran saham Malaysia sejak senarai terakhir dikeluarkan, namun diimbangi kejatuhan nilai ringgit.

Dalam 50 senarai itu, tiga orang Melayu iaitu tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary; pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim.

3 orang Melayu tersenarai daripada 50 orang terkaya di Malaysia tahun 2024

Syed Mokhtar menduduki tangga ke-15 dengan nilai kekayaan bersih AS$1.3 bilion (RM6.23 bilion), Syed Azman berada di kedudukan ke-28, dengan AS$765 juta (RM3.7 bilion), manakala Azman yang menduduki tempat ke-32 mengumpul sebanyak AS$660 juta (RM3.2 bilion).
Senarai terbaharu itu juga memaparkan, Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$11.5 bilion (RM55.1 bilion).

Kedudukan Kuok yang meraikan ulang tahun ke-100 pada Oktober tahun lalu sebagai individu terkaya Malaysia juga bukan baharu kerana beliau telah memegang tempat teratas selama lebih daripada suku abad.

Mengisi tempat kedua ialah Pengerusi Eksekutif Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan dengan nilai bersih AS$8.8 bilion (RM42.1 bilion), sedikit menurun daripada AS$10.2 bilion (RM49 bilion) tahun lalu.

Kedudukan lima teratas pula menyaksikan beberapa perubahan dengan adik-beradik Teh, yang mewarisi kepentingan dalam Public Bank daripada mendiang bapa mereka, Tan Sri Teh Hong Piow, menambah sedikit kekayaan untuk berada di tempat ketiga dengan nilai bersih AS$5.4 bilion (RM26 bilion).

Mereka menggantikan hartawan aluminium, Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya, yang jatuh ke tempat kelima disebabkan harga dan permintaan untuk logam tersebut yang lemah, menyebabkan nilai bersih mereka turun kepada AS$5.3 bilion (RM25.4 bilion) daripada AS$5.8 bilion (RM28 bilion) tahun lalu.

Sementara itu, di antara hartawan dalam senarai yang merekodkan keuntungan paling ketara tahun ini ialah Tan Sri Francis Yeoh dan adik-beradiknya yang mengalami peningkatan terbesar dalam nilai dolar dan peratusan.

Gabungan kekayaan mereka melonjak kepada AS$4.7 bilion (RM23 bilion), lebih tiga kali ganda daripada tahun sebelumnya, didorong oleh kejayaan syarikat utama mereka, YTL, yang bekerjasama dengan gergasi AS Nvidia untuk mencipta infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di pusat data mereka di Johor Bahru.

Baca Lagi:
Cik B ‘review’ bilik hotel di Makkah sepanjang 10 hari, terkejut bila dapat tahu harga cecah RM420,000
Siapa sebenarnya ‘bodyguard’ VIP yang ditembak di KLIA?, Ini latar belakangnya yang ramai tak tahu
Lagu ‘Alamak raya lagi’ viral di Indonesia, netizen Indonesia pesan jangan sesekali ‘claim’ rendang dari Malaysia
CATEGORIES