“Abah bagi RM500 untuk kami pergi selamanya sebab abah nak kahwin janda anak 2, sekarang tiba-tiba abah balik cari kami..”

“Abah bagi RM500 untuk kami pergi selamanya sebab abah nak kahwin janda anak 2, sekarang tiba-tiba abah balik cari kami..”

“Abah bagi RM500 untuk kami pergi selamanya sebab abah nak kahwin janda anak 2, sekarang tiba-tiba abah balik cari kami..”. #Foto sekadar hiasan. Tolong siarkan kisah saya, min. Saya telah berkahwin dan ada seorang anak lelaki, tetapi ini bukan masalah rumah tangga saya, tetapi ini berkaitan dengan masalah ibu bapa saya. Abah saya bekerja dalam kerajaan dan memiliki gaji yang sangat tinggi. Mungkin bagi abah, bila dia berpoligami tak ada masalah, tetapi yang menjadi masalah ialah bila dia tidak pandai nak berlaku adil terhadap mak saya.

Mak adalah isteri pertama. Selepas 20 tahun hidup bersama, abah berubah sikap sejak berjumpa seorang perempuan janda yang mempunyai 2 orang anak. Mereka kemudian berkahwin dan sekarang mempunyai 3 orang anak kandung.
Selepas kahwin, abah jarang balik ke rumah dan jarang memberi duit nafkah. Mak mula tertekan dengan sikap abah tetapi masih bersyukur kerana Allah kurniakan kesihatan dan mak mengasuh 2 orang budak, jadi dapatlah dalam RM500.

"Abah bagi RM500 untuk kami pergi selamanya sebab abah nak kahwin janda anak 2, sekarang tiba-tiba abah balik cari kami.."

Abah selalu marah, marahi mak di depan orang tanpa mengira sama ada di depan anak-anak atau di depan jiran. Selepas beberapa tahun, abah saya dipindahkan ke luar negeri. Mak menjadi orang pertama yang gembira kerana perempuan itu akan ditinggalkan dan dibawa kami semua, tetapi hanya seketika selepas abah berjumpa dengan seorang perempuan lagi, janda yang mempunyai seorang anak.

Singkat cerita, mereka berkahwin sampai ke saat ini tetapi masih tiada zuriat bersama. Selepas perkahwinan ketiga ini, abah kata dia telah menceraikan isteri keduanya, tetapi mak masih tidak percaya kerana sudah dua kali ditipu hidup – hidup seperti itu.

Mak masih memberi peluang, siapa tahu abah akan berubah dan menyesal atas apa yang dilakukannya. Sebenarnya, masih banyak lagi yang telah dilakukan oleh abah pada mak seperti memercikkan air minum di muka kerana minta duit belanja dapur. Suatu masa, abah mengumpulkan kami semua dan berkata dia nak hantar kami ke rumah arwah nenek sebelah mak.

Dengan alasan nenek sudah uzur dan tiada yang menjaga, alhamdulillah, mak bersetuju dengan cadangan itu kerana duduk bersama dengan perangai suami yang seperti itu. Tetapi siapa sangka, setelah tinggal bersama arwah nenek, abah meninggalkan mak dengan duit RM500 untuk 3 orang anak yang masih bersekolah menengah, untuk membeli barang dapur sehingga hari ini yang sudah mencapai 10 tahun. Saya adalah anak bongsu pada masa itu, baru berusia 13 tahun. Walaupun saya tidak dapat merasai apa yang mak alami, tetapi saya sedih melihat keadaan keluarga saya.
Mak dan abang yang bekerja, mereka terk0ntang – kanting menjaga kami, di mana duit nak buat belanja dapur, beli barang, dan bayaran persekolahan lagi. Masa ini mak tidak bekerja kerana faktor umur yang telah 53 tahun dan abang hanya bekerja kilang dengan gaji asas RM900 pada masa itu.

Mak cuba mohon mana – mana bantuan atau zakat tapi tidak lulus kerana borang tidak diisi dengan lengkap di bahagian pasangan. Nak cakap dah meninggaI pun tidak boleh kerana tidak ada surat kematian. Mak terpaksa masuk kebun jual penyapu lidi, tanam sayur untuk dijual tapi seberapa sangatlah untungnya.

Mak bertahan selama 6 tahun kerana kami dah tidak benarkan mak masuk kebun kerana kesian dan kami berfikir biarlah kami pula baIas jasanya. Kami semua bekerja setelah habis SPM. Ada mak sampaikan hasrat untuk saya sambung belajar biarlah hanya abang – abang yang bekerja.

Saya faham apa mak nak sampaikan, yela 3 orang abang saya semua kerja kilang tapi dia nak jugak salah sorang dari kami kerja yang lebih bagus. Saya tetap tak nak sambung belajar, saya nekad saya tidak kisah apa bakal berlaku dimasa depan saya, yang penting kerja halal dan boleh sama – sama bantu keluarga.

Kami semua kerja biasa – biasa saje asal boleh lepas duit makan minum kami sekeluarga. Sepanjang tempoh abah tinggalkan kami, puas juga kami mencari, puas kami telefon tapi nombor tu dah tidak aktif mungkin abah dah tukar nombor, kami anggap mungkin abah dah tidak mahu berjumpa dan betul – betul mahu tinggalkan kami.

Mak pula cuba tuntut fasakh tapi tiada kerjasama untuk turun naik mahkamah. Pendekkan cerita, alhamdulillah jod0h saya sampai cepat pada umur 22 tahun, masa tu tawakal dan anggap mungkin ini boleh kurangkan beban mak saya.

Semasa dalam proses siapkan borang nikah bahagian wali, Allah pulangkan abah di depan kami. Allah, betapa gembiranya hati ini bila urusan ini dipemudahkan setelah macam – macam dug4an datang. Saya hanya fikir positif dan terima kepulangan abah dengan hati terbuka tetapi tidak pulak pada mak dan adik – beradik yang lain.

Saya suruh dia nikahkan saya tapi dia nak buat wali hakim tapi tidak apalah saya anggap mungkin dia dah tidak sayang anak – anak dia sebab tu tidak nak walikan saya. Saya dan abah saling tukar nombor tel untuk berurusan tentang wali.

Lagipun dia masih bersama dengan isteri dia dan anak tirinya, mereka tinggal di Melaka manakala kami di Johor. Alhamdulillah majlis saya dipermudahkan. Selepas itu abah tinggalkan kami tanpa sebarang berita. Kami tidak kisah sebab dah lali dengan apa dia buat sebelum ini pada kami.

Saya nak telefon tanya khabar dia tapi mak tak bagi berhubung dengan bapak yang per4ngai macam tu. Sekarang saya duduk dengan mak dan abang saya 3 orang. Kakak da ada rumah sendiri. Mak sebolehnya suruh saya duduk dengannya selagi dia masih hidup.

Sekarang umurnya dah 63 tahun. Lagipun badan dia dah tak sekuat macam dulu selalu sakit – sakit. Setelah hampir setahun tinggalkan kami buat kali kedua dia muncul kembali. Empat hingga lima hari jugak dia call saya setiap hari suruh datang ambil dia kat Melaka tu, sebab nak balik ke Johor nak duduk kat rumah ni.

Saya gembira bila dengar dia nak balik, lagipun saya ni boleh dikatakan anak bapak. Bila saya sampaikan ke adik – beradik yang lain dan mak, mereka bangkang biar jela hidup macam ni daripada hidup tersiksa kerana dia.

Saya buntu saya tersepit di tengah – tengah, saya tak kisah andai dia nak duduk dengan kami semula tapi tidak pada yang lain. Alasan nak balik dia nak jumpa dengan anak saya, dia nak jumpa anak – anak dia yang lain.

Sekarang abah dah tak bekerja dia hanya mengharapkan duit sara RM 2k sebulan. Tapi tu pun tak cukup katanya nak bayar duit sewa rumah, bayar duit moto, buat berbelanjaan sekolah anak tirinya yang berusia 15 tahun sekarang.

Abah saya sekarang dah masuk 65 tahun. Kadang – kadang saya berfikir kenapa secara mendadak dia nak balik adakah ada sesuatu dia nak lakukan? Bila saya tanya macam mana dengan bini dan anaknya di Melaka tu, dia jawap lantaklah dengan mereka.

Kenapa bila kami dah senang dia datang semula? Puas kami beri peluang berkali – kali tapi tak pernah dihargai. Tapi bila fikir semula semua orang ada buat silap cuma kesilapan yang dibuat berbeza. Tapi saya tak berani nak cakap lebih – lebih sedangkan saya sendiri sakit hati dengan dia.

Pernah saya luahkan isi hati pada suami, tapi dia hanya mampu mendengar dia tak ada bagi apa – apa pendapat. Ya saya faham mungkin dia tak nak masuk campur hal mak abah saya, lebih baik jaga hubungan kami berdua.

Saya kalau boleh biarlah dia duduk dengan bini dan anaknya, janganlah buat benda yang sama pada mak tiri saya tu. Lagipun dia yang jaga makan minum pakai abah dan sekarang abah ada sakit jantung dan tekanan darah rendah. Apa patut saya buat? Saya berada di tengah – tengah. Saya tetap sayangkan kedua ibubapa saya.

Baca Lagi:
3 orang Melayu tersenarai daripada 50 orang terkaya di Malaysia tahun 2024
Cik B ‘review’ bilik hotel di Makkah sepanjang 10 hari, terkejut bila dapat tahu harga cecah RM420,000
Siapa sebenarnya ‘bodyguard’ VIP yang ditembak di KLIA?, Ini latar belakangnya yang ramai tak tahu
CATEGORIES