Sistem bayaran tol tanpa palang dilaksana dalam masa terdekat, ini kelebihannya berbanding Touch ‘n Go

Sistem bayaran tol tanpa palang dilaksana dalam masa terdekat, ini kelebihannya berbanding Touch ‘n Go

Sistem bayaran tol tanpa palang dilaksana dalam masa terdekat, ini kelebihannya berbanding Touch ‘n Go. Pelaksanaan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) akan diperkenalkan Kementerian Kerja Raya sebagai sistem bayaran terbuka di lebuh raya bertol di negara ini dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, dalam usaha tersebut, sebanyak RM3.46 bilion akan dibelanjakan kerajaan bagi melaksanakan MLFF, bertujuan bagi mengelak kesesakan lalu lintas di lebuh raya bertol.

Jelasnya, kajian tersebut akan dilaksanakan pada 2024 sebelum penggunaan sepenuhnya dijangka dapat dikuatkuasakan setahun selepas itu.

Sistem bayaran tol tanpa palang dilaksana dalam masa terdekat, ini kelebihannya berbanding Touch 'n Go

“Ia membolehkan pengguna membuat bayaran tol daripada pelbagai pilihan sumber kewangan seperti kad kredit berbanding hanya Touch ‘n Go dan dompet elektronik, Touch ‘n Go eWallet.

“Dalam usaha pelaksanaan MLFF, kita memerlukan masa kira-kira setahun setengah atau dua tahun, malah surat hasrat (LOI) sudah dikeluarkan kepada konsesi terbabit bagi memastikan kajian itu dapat berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, sistem MLFF turut digunakan banyak negara maju selaras dengan ‘Malaysia Intelligent Transportation System Blueprint 2019-2023’.

Katanya, sistem itu harus dibuat kajian terlebih dahulu kerana membabitkan penggantian infrastruktur berikutan sistem itu tidak lagi menggunakan tiang di bahagian tengah lorong.

“Kita nak buat mesti ada kajian sebab kita akan ganti segala yang ada pada hari ini kepada yang baharu. MLFF tidak ada lagi tiang di tengah, sebaliknya hanya tiang antara jalan ke jalan.

“Lorongnya juga akan bertambah berbanding tiga hingga enam lorong kini, namun saya tidak boleh menyatakannya berapa kerana ia sedang dalam rangka pelukisan oleh pihak yang mendapat konsesi ini,” katanya.

Abdul Rahman dalam masa yang sama berkata, tiada kenaikan harga tol akan dibuat susulan pelaksanaan MLFF itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar).

“Tetapi untuk jangka hayat perjanjian konsesi bagi MLFF ini, saya maklumkan kemudian kerana saya tidak mahu tersilap jawab, sebenarnya tak ada cadangan berapa jangka panjang tempoh konsesi MLFF ini,” katanya.

Baca Lagi:
Program ‘Jom Ziarah Gereja’, Hannah Yoeh akan di panggil polis
“Kita tengok siapa yang menang”, Tergelak besar dengar ulasan abang lori rakam dua kereta berebut nak masuk laluan tol yang sama
Sikap jiran berbangsa Cina yang buat saya terkejut..
CATEGORIES