Hasil live selama sejam di TikTok, Bella belikan superbike Ducati RM150,000 kepada Alieff Irfan sempena ulang tahun perkahwinan

Hasil live selama sejam di TikTok, Bella belikan superbike Ducati RM150,000 kepada Alieff Irfan sempena ulang tahun perkahwinan

Hasil live selama sejam di TikTok, Bella belikan superbike Ducati RM150,000 kepada Alieff Irfan sempena ulang tahun perkahwinan. Personaliti media sosial Alieff Irfan menerima hadiah sebuah motosikal berkuasa tinggi daripada isteri tersayang, Nurul Nabilah Aliah Hazman bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.

Nurul Nabilah atau lebih mesra dengan sapaan Bella, 28, berkata, dia menghadiahkan motosikal Ducati Panigale v4s berharga RM150,000 itu kepada Alieff hasil daripada membuat video siaran langsung selama satu jam di aplikasi TikTok.

Kata Bella, dia tidak mengharapkan sebarang balasan daripada suami sebaliknya ikhlas menghadiahkan motosikal berkenaan.

Hasil live selama sejam di TikTok, Bella belikan superbike Ducati RM150,000 kepada Alieff Irfan sempena ulang tahun perkahwinan

“Alhamdulillah, hasil saya live di TikTok selama satu jam sahaja, saya belikan awak hadiah ulang tahun perkahwinan dan upah untuk awak sebab tolong saya buat live.

“Saya ikhlas dan tak ada nak minta balasan apa-apa pun,” katanya.

Bella berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Bella menjelaskan dia tidak kisah dengan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan pemberiannya itu tidak seberapa kerana paling penting Alieff menghargainya.

Kata Bella lagi, mereka berdua bukan datang dari kalangan keluarga berada dan setiap apa diperolehi mereka sangat besar ertinya.

“Kami berdua bukanlah berasal dari keluarga yang kaya raya. Mesti akan ada orang cakap, ala motor je pun. Tapi tak mengapa, orang lain tak nampak kami susah senang sama-sama.

“Kami berusaha sama-sama sebab itu setiap hasil yang kami peroleh, kami sangat menghargainya,” ujarnya.

Sementara itu, Bella juga berharap agar dia dapat menjadi seorang isteri terbaik dan sentiasa menjadi tulang belakang buat suami tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Youtuber (@bellestrelle)

“Saya nak jadi isteri terbaik, isteri berdikari dan takkan susahkan awak.

“Saya akan sentiasa sokong awak daripada belakang. Harap awak gembira. Saya sayang awak,” katanya.

Untuk rekod, Alieff dan Bella berkahwin pada 14 Februari 2020 di Segamat, Johor.

Pasangan ini dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Ayden Maleeq dan Ayla Malaiqa yang kini berusia lapan bulan.

Baca Lagi:
Program ‘Jom Ziarah Gereja’, Hannah Yoeh akan di panggil polis
Dr ini ajar cara masak Mee Segera yang betul, nak makan kerap pun dah tak risau
9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut
CATEGORIES