Warga emas 70 tahun mati ketika langgan pekerja seks

Warga emas 70 tahun mati ketika langgan pekerja seks

Warga emas 70 tahun mati ketika langgan pekerja seks. Seorang pekerja seks wanita ditahan dan didakwa selepas polis menemui mayat lelaki berusia 70 tahun di dalam bilik sebuah hotel di wilayah Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Pegawai-pegawai di Balai Polis Tung Yai dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang warga emas pada pukul 10 malam (waktu tempatan) semalam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Pekerja hotel tersebut kemudian menunjukkan mayat mangsa yang dikenali sebagai Chang sedang terbaring di atas katil dalam keadaan separuh bogel serta hanya ditutupi dengan sehelai tuala.

Warga emas 70 tahun mati ketika langgan pekerja seks

Tiada sebarang kecederaan dikesan pada badannya.

Beg miliknya yang mengandungi beberapa buku dan wang tunai berjumlah kira-kira 1,000 baht (RM131) turut ditemui. Motosikal milik mangsa juga masih diparkir di hadapan hotel tersebut.

Menurut pekerja hotel berkenaan, Chang tiba di lokasi itu sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) dan menempah bilik untuk tempoh tiga jam.

Tidak lama selepas itu, seorang wanita yang menunggang motosikal tiba dan terus memasuki bilik mangsa. Kedua-dua mereka berada di dalam bilik itu sehingga pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) sebelum wanita berkenaan bergegas keluar dan menunggang motosikalnya.

Disebabkan gagal menghubungi Chang menggunakan telefon, pekerja hotel itu memecah masuk bilik berkenaan dan terkejut apabila menemui warga emas itu sudah tidak bernyawa.

Siasatan polis mendapati Chang meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung selepas mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan yang merupakan pekerja seks.

Selepas mengenal pasti identiti wanita itu, polis menahannya untuk siasatan lanjut dan dakwaan. Polis bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang dikenakan ke atas wanita itu.

Baca Lagi:
Program ‘Jom Ziarah Gereja’, Hannah Yoeh akan di panggil polis
Dr ini ajar cara masak Mee Segera yang betul, nak makan kerap pun dah tak risau
Pengurus syarikat Fazura berdepan hukuman penjara, sebat dan denda
CATEGORIES