Asal- usul Datuk Gong ‘Dewa Melayu’ yang disembah hingga sekarang

Photo of author

By Joe

Asal- usul Datuk Gong ‘Dewa Melayu’ yang disembah hingga sekarang. Anda mungkin sering melihat tempat penyembahan (shrine) berwarna merah atau kuning yang terletak di hadapan bangunan, ladang, tapak pembinaan, atau rumah. Shrine ini biasanya dibina di atas tanah dan dihiasi dengan colok, buah nanas, air, dan sebagainya.

Apabila bertemu dengan shrine seperti ini, kita biasanya hanya melihat secara sekilas. Tetapi jika anda memerhatikan dengan lebih teliti wajah patung itu… terdapat ciri-ciri orang Melayu! Ini kerana dewa yang disembah ini kebanyakannya adalah orang Melayu, juga dikenali sebagai Datuk Gong atau Na Tuk Kong dalam bahasa Cina.

Apa asal-usulnya Datuk Gong ni? Jom kita mula dengan sejarahnya…

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Konsep Datuk Gong muncul dari campuran amalan orang Cina dan Melayu

Pemujaan Datuk Gong dikatakan bermula di Malaysia sejak awal abad ke-19. Datuk Gong dianggap sebagai dewa tempatan yang menjaga kesejahteraan, keamanan, kekayaan, dan kesihatan. Yang uniknya, amalan ini hanya wujud di Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Selatan Thailand, atau dulunya dikenali sebagai rantau Nusantara. Itulah sebabnya kita tidak akan menjumpai Datuk Gong di negara China, Taiwan, dan sebagainya.

Semuanya bermula pada abad ke-19 ketika penghijrahan penduduk China ke Asia Tenggara. Pada masa itu, mereka membawa bersama amalan dan kepercayaan mereka. Pada masa yang sama, mereka cuba menyesuaikannya dengan amalan masyarakat tempatan, iaitu masyarakat Melayu.

Dari segi agama masyarakat Cina, mereka sudah mempunyai Dewa Tanah yang dikenali sebagai ‘Tu Di Gong’. Dewa ini penting kerana kebanyakan dari mereka adalah petani. Apabila mereka tiba di Tanah Melayu, mereka melihat bahawa masyarakat Melayu juga mempunyai amalan yang serupa.

Sebahagian dari masyarakat Melayu pada masa itu masih percaya kepada amalan animisme. Contohnya, memberi ancak dan memuja kubur atau makam tertentu.

“Tetapi apabila mereka (masyarakat Cina) tiba di sini, mereka melihat bahawa orang tempatan, orang Melayu juga menyembah dan cara itu agak serupa dengan cara mereka menyembah Tu Di Gong tadi. Apa yang dilakukan oleh orang Melayu adalah memuja Datuk Keramat atau keramat worship.

Contohnya, mereka percaya akan adanya penunggu atau roh di sesuatu kawasan itu. Jadi, cara orang Melayu menyembah Datuk Keramat digabungkan dengan cara orang Cina menyembah Tu Di Gong. Maka muncullah dewa yang bersifat gabungan orang Melayu dan orang Cina. ‘Datuk’ merujuk kepada Datuk Keramat dan ‘Gong’ merujuk kepada Tu Di Gong. Maka terciptalah Datuk Gong.” – Dr. Lee Yok Fee, pensyarah Jabatan Ekologi UPM.

Itulah permulaan konsep Dewa Melayu yang dikenali sebagai Datuk Gong ini. Boleh dikatakan bahawa kepercayaan ini muncul hasil daripada amalan dua bangsa yang berbeza iaitu Melayu dan Cina, tetapi dalam cara yang agak serupa.

Seseorang yang luar biasa dalam hidupnya, ada kemungkinan dilantik sebagai dewa. Siapakah Datuk Gong ini?

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Seperti yang sedia maklum, gelaran Datuk/Dato adalah gelaran terhormat dalam masyarakat Melayu untuk seseorang dan juga gelaran untuk orang tua. Manakala, Gong pula adalah gelaran hormat dalam masyarakat Cina untuk dewa-dewa mereka.

Menurut seorang pensyarah yang kami temubual, Datuk Gong dianggap sebagai Dewa Tanah tempatan, sementara Tu Di Gong adalah Dewa Tanah yang berasal dari Tanah Besar Cina. Namun, kedudukan Datuk Gong mungkin sedikit lebih rendah daripada kedudukan Tu Di Gong tersebut.

Menurutnya, masyarakat Cina mempercayai konsep kelahiran semula (rebirth) dan konsep kebangkitan dewa dari kalangan manusia. Ini bermakna sesiapa yang banyak berbuat baik dalam hidupnya kemungkinan besar akan diangkat menjadi dewa selepas meninggal dunia.

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

“Maksudnya, jika seseorang memiliki kedudukan luar biasa atau semasa hidupnya mempunyai kuasa yang luar biasa atau merupakan seorang hero, seorang bomoh yang memiliki kuasa yang hebat. Apabila mereka meninggal, roh itu akan disembah.

Pada peringkat awal, proses ini bermula dengan roh orang Melayu. Oleh itu, kita dapat melihat patung-patung itu diukir dalam bentuk orang Melayu.” – Dr. Lee Yok Fee, pensyarah Jabatan Ekologi UPM.

Seperti yang kita ketahui, majoriti masyarakat Cina (kecuali Islam, Kristian & Ateis) menganut Chinese Folk Religion, di mana mereka menyembah nenek moyang serta digabungkan dengan ajaran Buddhism, Confucianism, atau Taoisme.

Oleh itu, kita dapat melihat dewa-dewa yang ada dalam Buddhism juga disembah dalam Taoisme. Dan apabila dikaitkan dengan amalan orang Melayu pada masa dahulu, ia berkait rapat dengan pemujaan terhadap ‘semangat’ sesuatu tempat yang dianggap keramat.

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Ada jugak sultan yang diiktiraf sebagai Datuk Gong

Pada peringkat awal, kebanyakan Datuk Gong yang disembah tidak berbentuk patung, tetapi berupa tablet (papan yang ditulis namanya), pokok tertentu, batu, atau busut. Tetapi disebabkan perubahan zaman, patung mulai diukir.

“Ada juga batu yang diikat dengan kain kuning, kerana mereka percaya roh itu berada dalam batu tersebut. Kemudian batu itu pun tidak ada lagi, tetapi busut pula, ia juga sama kepercayaannya. Selain itu, terdapat juga tablet, di mana nama Datuk Gong tertulis pada ukiran kayu.

“Tetapi sekarang ini, terdapat juga patung, dan wajahnya hampir kesemuanya serupa. Oleh itu, boleh dipilih sama ada yang memegang tongkat atau keris. Itu bergantung kepada pilihan.” – Dr. Lee Yok Fee, pensyarah Jabatan Ekologi UPM.

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Disebabkan kebanyakan Datuk Gong adalah orang Melayu, maka patungnya diukir dengan ciri-ciri orang Melayu – bersongkok, berkopiah, berselendang, tengkolok, baju Melayu, dan sebagainya. Datuk Gong juga bukan satu-satu sahaja sebenarnya, tetapi setiap Datuk Gong di tempat-tempat tertentu akan mempunyai nama yang berbeza, tarikh hari jadi yang berbeza, dan personaliti yang berbeza.

Walaupun Datuk Gong biasanya dilihat di shrine yang kecil, terdapat juga Datuk Gong yang mempunyai tokong sendiri. Jangan terkejut jika terdapat tokong khas Datuk Gong yang berasal dari sultan Melayu. Tokong tersebut terletak di Banting, Selangor, di mana Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad dianggap sebagai dewa. Tokong ini juga sudah berusia lebih daripada 100 tahun.

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Korang jugak boleh tengok yang ni:

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Selain tu, ada jugak nama Datuk Gong yang berdasarkan warna macam:

  • Datuk Panglima Hitam
  • Datuk Panglima Hijau
  • Datuk Panglima Kuning
  • Datuk Panglima Putih
  • Datuk Panglima Merah

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Warna-warna ini mempunyai makna tersendiri. Warna hijau melambangkan flora dan fauna, manakala warna kuning melambangkan kesejahteraan. Oleh itu, dari apa yang kita lihat, jelaslah bahawa kebanyakan Datuk Gong yang disembah berasal dari orang Melayu.

Terdapat juga Datuk Gong yang bukan Melayu. Sebagai contoh, di Broga, terdapat ‘Sak Dato’ yang berasal dari orang Asli. Di Kedah pula, terdapat Datuk Che Pu Long (Siam), Datuk Ah Chong (Cina), dan Datuk Mutu (India).

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Tak boleh hidangkan makanan tak halal kat Datuk Gong Melayu

Dalam penyembahan Datuk Gong, lilin berwarna putih biasanya digunakan menggantikan merah, bersama dengan colok dan kemenyan. Oleh kerana kebanyakan Datuk Gong ini adalah orang Melayu, penganutnya akan memastikan bahawa mereka memberikan makanan yang halal.

Antara makanan yang popular adalah rendang ayam, kari kambing/ayam, pulut kuning, kopi O, daun sirih, dan rokok daun (ada juga yang memberikan sate, nasi lemak, dan lain-lain). Makanan yang halal ini tidak hanya terhad kepada makanan yang tidak mengandungi khinzir atau arak, tetapi ayam, kambing, atau lembu tersebut juga mestilah disembelih secara Islam.

Jika mereka memberikan makanan yang tidak halal kepada Datuk Gong yang dianggap Melayu, dipercayai bahawa Datuk Gong akan marah dan orang tersebut akan ditimpa bala.

Macam mana nak tau kalau satu-satu tempat tu ada Datuk Gong ataupun tak? Ada beberapa cara:

“Berdasarkan kajian, asal usul bagaimana mereka mengetahui perlunya membina satu tempat untuk bersembah adalah pertama, berdasarkan pengalaman. Mereka melihat dengan mata kasar, terutamanya pada waktu malam. Sebagai contoh, mereka melihat bayangan putih, dan di situlah ‘roh’ tersebut hadir.

Kedua, melalui mimpi, di mana roh akan muncul dalam mimpi mereka dan memberitahu: ‘bina satu shrine untuk saya di tempat ini, saya Datuk’. Kemudian roh tersebut akan memberitahu namanya. Ketiga, mereka akan cuba mencari orang tertentu, dan orang tersebut akan memanggil roh tersebut. Jika roh ada, maka akan hadir. Jika tidak, maka tidak.” – Dr. Lee Yok Fee, pensyarah Jabatan Ekologi UPM.

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Ada sambutan hari jadi untuk Datuk Gong

Selalunya, apabila penganut ingin berhubung dengan Datuk Gong, mereka akan menggunakan pengantara (juga dikenali sebagai medium), iaitu bomoh atau orang-orang tertentu. Semasa upacara memanggil Datuk Gong, bomoh akan mula bertindak aneh atau masuk ke dalam keadaan khayalan (trance), sebagai tanda bahawa Datuk telah datang. Apabila Datuk telah masuk ke dalam badan medium tersebut, medium itu akan bercakap dalam bahasa Melayu, berjalan seperti orang tua, dan sebagainya.

Ketika ini lah, mereka akan sambut hari jadi Datuk Gong tadi dengan macam-macam makanan, persembahan dan sebagainya. Merekajugak boleh mintak sesuatu kat Datuk tu, macam berikan keselamatan, keamanan dan kesihatan. Tapi benda yang selalunya diminta adalah nombor ekor.

Asal- usul Datuk Gong 'Dewa Melayu' yang disembah hingga sekarang

Antara syarat orang yang nak mintak bantuan Datuk tu pulak adalah dia tak boleh makan khinzir sekurang-kurangnya sehari sebelum upacara. Bagi wanita wang datang haid pulak, diorang dianggap tak suci dan tak boleh sentuh Datuk, terutama sekali bahagian kepala.

Upacara ni bukan terhad masa birthday Datuk Gong je. Ada juga medium yang jalankannya pada hari-hari tertentu macam setiap malam Jumaat, hari pertama dan ke 15 dalam kalendar Cina, Hari Raya Puasa dan Raya Haji.

Kepercayaan ini muncul hasil interaksi budaya dan amalan dua bangsa

Kepercayaan ini diterima kerana sistem Agama Cina di Malaysia ni yang dianggap longgar dan tak bersifat eksklusif. Kerana itulah, penerimaan terhadap amalan baru mudah diterima di kalangan masyarakat Cina. Selain itu, ia jugak boleh kita katakan sebagai amalan turun temurun masyarakat Cina.

“Kepercayaan ini diturunkan dari generasi ke generasi. Mungkin bagi yang generasi baru, mereka tak tahu maksud sebenar kenapa perlu buat sedemikian atau hanya ikut sahaja. Jika ada mereka yang dah tak percaya dengan kepercayaan ini, jadi mereka akan meninggalkannya.

Itulah yang saya ingin katakan, sistem kepercayaan orang Cina di Malaysia, ia sangat longgar. Sekiranya sesuatu perkara itu boleh membawa kebaikan kepada mereka, mereka akan percaya. Ini kerana sistem kepercayaan orang Cina ia bersifat inklusif bukannya eksklusi, mana-mana elemen boleh digabung dan diamalkan.” – Dr Lee Yok Fee, pensyarah Jabatan Ekologi UPM.

Kepercayaan terhadap Datuk Gong ini boleh dikatakan muncul hasil daripada interaksi budaya dan amalan dua bangsa, iaitu Cina dan Melayu. Walaupun kedua-dua budaya ini telah mengalami zaman hitamnya, namun kepercayaan terhadap Datuk Gong masih kukuh berterusan hingga kini.

Oleh itu, bersempena dengan musim perayaan ini, mari kita sebagai rakyat Malaysia yang mencintai keamanan, bersatu padu dalam membina satu bangsa Malaysia yang terbuka dan saling menghormati.

Baca Lagi:
Ini alasan warga Israel masuk Malaysia bawa senjata
“Aku hairan suami tak tukar baju selepas balik kerja, semasa dia tidur baju terselak, aku nampak kesan dekat dada”
Nabi tak pernah panggil kafir di hadapan orang kafir -UAI