Selepas perjumpaan dengan PMX, artikel New York Times lapor sokongan German kepada Israel berubah

Selepas perjumpaan dengan PMX, artikel New York Times lapor sokongan German kepada Israel berubah

Selepas perjumpaan dengan PMX, artikel New York Times lapor sokongan German kepada Israel berubah. Selepas kritikan keras Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap negara Barat mengenai Gaza semasa lawatan ke Jerman baru-baru ini dan peningkatan kemarahan antarabangsa terhadap pertambahan korban warga Palestin, sebuah artikel The New York Times berkata nada sokongan Jerman kepada Israel telah berubah.

Korespondennya di Berlin, Erika Solomon menulis pada Jumaat: Jerman semakin rasa janggal dalam kedudukannya sebagai sekutu rapat Israel.

“Beberapa hari selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel pada 7 Oktober, Canselor Jerman Olaf Scholz, adalah antara pemimpin Barat terawal tiba di Tel Aviv. Berdiri di sisi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, beliau mengisytiharkan bahawa “Jerman hanya ada satu tempat … iaitu di samping Israel.”

Selepas perjumpaan dengan PMX, artikel New York Times lapor sokongan German kepada Israel berubah

“Tempat itu sekarang rasanya janggal untuk Jerman, pembekal senjata kedua terbesar kepada Israel dan sebuah negara yang kepimpinannya meminta sokongan untuk negara itu, satu “Staatsräson,” satu alasan negara, sebagai satu cara untuk menebus kesilapan Holocaust.

Minggu lalu, dengan serangan berterusan Israel di Gaza, Canselor itu sekali lagi berdiri di samping Netanyahu di Tel Aviv dan mengeluarkan nada berbeza: “Tidak kira betapa pentingnya matlamat ini, beliau bertanya “Bolehkah ia memberi justifikasi kepada kos yang amat tinggi ini?”

Menariknya, artikel itu juga menunjukkan satu hujah kuat yang dibawa balik daripada lawatan Anwar ke Berlin awal bulan ini yang mana beliau telah mengkritik negara Barat kerana betapa kurangnya tindakan mereka terhadap kekejaman Israel di Gaza.

Artikel itu memetik kata-kata Anwar yang berdiri di sisi Scholz kepada media bahawa harapan dan perasaan terhadap kredibiliti hak asasi manusia merosot dengan ketara terutamanya dalam kalangan negara membangun atau kurang membangun yang kadang-kadang dirujuk sebagai Dunia Selatan.

“Kami membantah penjajahan atau apartheid atau penghapusan etnik atau perampasan mana-mana negara tidak kira sama ada di Ukraine atau di Gaza.

Kemanakah telah kita humbankan kemanusiaan kita? Kenapa dengan hipokrasi ini ?” tanya Anwar.

Artikel itu juga menyatakan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock akan menghantar satu delegasi ke Israel kerana sebagai penandatangan Konvensyen Geneva, Jerman mempunyai kewajipan bagi mengingatkan semua pihak mengenai tanggungjawab mereka untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Semasa lawatan ke rantau itu, keenam sejak serangan berkenaan, Baerbock menggambarkan situasi di Gaza seumpama “neraka” dan menegaskan satu serangan besar-besaran ke atas Rafah dengan lebih daripada sejuta orang berada di dalamnya untuk berlindung, tidak boleh sama sekali berlaku.

“Manusia tidak boleh hilang begitu sahaja di udara,” kata Baerbock yang menyuarakan kebimbangannya terhadap nasib rakyat Palestin dan kekejaman Israel.

Bagaimanapun, artikel itu juga menyatakan selain daripada perubahan nada, tidak banyak yang akan dilakukan Berlin melainkan Amerika Syarikat mengambil langkah yang lebih tegas.

Artikel itu menunjukkan keputusan paling penting yang boleh dibuat Jerman memetik Jürgen Hardt, jurucakap dasar luar untuk parti Christian Democrats di Parlimen ialah menyambung semula pembiayaan kepada Agensi Kerja dan

Bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Sementara itu bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pengerusi Bersih semasa, Muhammad Faisal Abdul Aziz merujuk kepada artikel itu dalam satu hantaran di laman X mencadangkan kritikan berani Anwar mungkin telah membuatkan Jerman memikirkan semula pendiriannya terhadap Israel.

“Keberanian Perdana Menteri adalah sesuatu yang boleh dipuji dan ia membantu untuk membawa perubahan dalam pendirian Jerman terhadap sekutu rapatnya, Israel.

Saya melihat Malaysia menjadi titik perhatian dan memainkan peranan di peringkat global terutamanya dalam isu Palestin dan kemanusiaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata perjuangan dan keberanian mempunyai harganya selepas penahanan seorang lelaki rakyat Israel yang mungkin menjadi ancaman kepada negara.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan polis bersama enam pucuk pistol, 200 peluru hidup di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Berikutan penahanan itu polis telah meningkatkan kawalan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Anwar dan orang-orang kenamaan lain berikutan sokongan berterusan negara kepada Palestin yang diserang Israel tanpa henti.

Baca Lagi:
Warga emas menangis tiada duit nak balik kampung tengok jenazah isteri buat kali terakhir
Difitnah menghalang sebut istilah ‘kafir’, Fadhlina Sidek buat penjelasan
Sungai Tembeling kering jadi padang bola
CATEGORIES