Penduduk di Pasir Mas, Tumpat dijangka sambut Raya Aidilfitri tanpa air

Photo of author

By Joe

Penduduk di Pasir Mas, Tumpat dijangka sambut Raya Aidilfitri tanpa air. Penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri ini berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar disebabkan oleh paras air di muka sauk Sungai Kelar menyusut akibat kemarau.

Berdasarkan satu hantaran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Facebook pada Sabtu memaklumkan gangguan bekalan itu melibatkan 48,635 pemilik akaun.

“Antara kawasan di Pasir Mas yang terlibat ialah Meranti, Kelar, Lemal, Gual Tinggi, Lubok Jong, manakala Tumpat keseluruhan kawasan,” kata kenyataan itu.

Penduduk di Pasir Mas, Tumpat dijangka sambut Raya Aidilfitri tanpa air

Menurut AKSB lagi, kerja-kerja penyelenggaraan dijangka selesai pada 15 April serta bergantung kepada situasi semasa paras air Sungai Kelar.

Oleh itu katanya, AKSB akan membuat penghantaran air melalui lori tangki dan tangki statik kepada pengguna yang terjejas.

Baca Lagi:
Lelaki terkejut nampak sesuatu tengah jalan ketika balik kerja pukul 3 pagi, rupanya…
“Janji muka masuk tv”- Lelaki siap bangga jadi pelakon extra ‘flash mod’ lagu raya Aliff Syukri dikecam netizen
Barang sampai sebelum raya, Ini tarikh akhir kurier pos barang dibeli dari Shopee