Selama hidup baru tahu cara ular minum air, ingatkan guna lidah rupanya..

Selama hidup baru tahu cara ular minum air, ingatkan guna lidah rupanya..

Selama hidup baru tahu cara ular minum air, ingatkan guna lidah rupanya… Haiwan reptilia seperti yang kita tahu, mereka merupakan haiwan yang berdarah sejuk. Haiwan reptilia juga mempunyai ciri khusus seperti bersisik dan membiak dengan cara bertelur.

Haiwan reptilia seperti ular merupakan antara haiwan yang terdapat di Malaysia, terutamanya reptilia jenis ular sawa batik.

Namun begitu, walaupun ia sudah menjadi kebiasaan bagi ramai daripada kita untuk bertembung dengan haiwan ini, tetapi tahukah anda ular mempunyai cara unik untuk minum air.

Selama hidup baru tahu cara ular minum air, ingatkan guna lidah rupanya..

Menerusi perkongsian oleh laman Twitter @todayyearsoldig yang sering berkongsi berkenaan sumber berita terkini dan fakta menarik. Twitter tersebut pada hari ini telah berkongsikan sebuah video berkenaan bagaimana cara ular minum air.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, seekor ular dari spesies ular sawa dilihat sedang menghilangkan dahaganya dengan meminum air dari cawan plastik.

Apa yang menarik perhatian adalah, bagaimana cara ular itu minum air tersebut. Ular berkenaan dilihat memasukkan kepalanya ke dalam cawan plastik dan kuantiti air di cawan itu tiba-tiba berkurangan.

Menerusi ciapan muat naik tersebut, ia menyatakan bahawa ular tersebut meminum air di dalam cawan tersebut dengan cara menyedutnya seperti menggunakan straw minuman.

Macam guna straw minuman besar

“Jika ada satu perkara yang anda harus pelajari hari ini. Belajar mengenai ini. Ular minum air dengan menyedutnya seperti menggunakan straw minuman besar,” tulis ciapan tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video muat naik tersebut telah mendapat tontonan lebih daripada 330k.

Terdahulu, tular di media sosial Indonesia aksi seorang wanita yang memberanikan diri menangkap seekor ular sawa sepanjang tiga meter dengan hanya tangan kosong.

Video rakaman itu telah dimuat naik oleh @memomedsos di akaun Instagram miliknya.

Berdasarkan muat naik video tersebut, tanpa rasa takut wanita itu segera menarik seekor ular yang hampir melarikan diri ke dalam sebuah parit.

Ular itu dipercayai cuba melarikan diri selepas cubaannya untuk membaham seekor kucing di kawasan perumahan itu gagal.

Baca Lagi:
Dua beranak dapat ‘jackpot’ selepas jumpa peti besi berisi duit ribuan ringgit dalam tasik
Ramai ibu bapa tak perasan, ini senarai 8 kartun ada unsur ‘LGBT’ yang budak kecil selalu tengok
Amaran keras! Jangan sesekali letak kain atas peti sejuk jika tak mahu perkara ini berlaku
CATEGORIES