Tak pelik kalau Sophia Albarakbah ‘tersuka’ dekat Aliff Aziz lepas tengok video ni? – Netizen. Sebelum ini timbul kontroversi yang melibatkan pelakon, Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah ketika mereka berdua melakonkan sebuah drama.
Terbaru! Video di sebalik tabir penggambaran drama itu kembali tular di media sosial dan telah menarik perhatian netizen. Apa kes pula ni?
Kalau korang tengok video tu, Aliff dan Sophia sedang melakonkan babak ‘sweet’ dalam drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Walau bagaimanapun, perkara itu membuatkan segelintir netizen berasa kurang senang dan diruangan komen hantaran itu, ramai yang menegur kerana menganggap Aliff Aziz tidak menjaga batas sebagai suami.
Bukan tu jer, ada juga yang mendakwa Aliff terlalu berlebihan kerana memegang tangan Sophia tanpa lepas sampaikan ada netizen kata tidak peliklah kalau Sophia tersuka pada Aliff.
@videoartistmalaysia Alahai main tepung pulak si abi ayang ni. Favorit couple dalam drama ❤️#abiayang #kuakadkaudenganbismillah #kakdb #sophiaalbarakbah #aliffaziz #btskakdb #dramasangat #muf #tv3 #coupletiktok ♬ Kalau Cinta (feat. Joanna) – Aliff Aziz
Apa pandangan korang? Tapi yang lepas tu biarlah lepas dan semoga Aliff bersama Bella Astillah hidup bahagia sebagai suami isteri.