Segelintir umat Islam di Malaysia pilih raya hari Khamis, rabu masih berpuasa

Segelintir umat Islam di Malaysia pilih raya hari Khamis, rabu masih berpuasa

Segelintir umat Islam di Malaysia pilih raya hari Khamis, rabu masih berpuasa.
Sebahagian kecil umat Islam di negara ini memilih untuk meneruskan ibadah puasa pada hari ini kerana mereka mendakwa tidak dapat melihat hilal (anak bulan) melalui penglihatan biasa semalam.

Tinjauan Kosmo! di Facebook mendapati bahawa majoriti membuat keputusan tersebut disebabkan penampakan bulan baharu tidak jelas akibat cuaca buruk dan awan tebal.

“Semalam petang, cuaca mendung dan hujan. Mengikut sunnah, anak bulan perlu jelas dilihat dengan mata, bukan dengan peralatan canggih. Jadi, kami akan genapkan puasa selama 30 hari,” kata Amirul.

Segelintir umat Islam di Malaysia pilih raya hari Khamis, rabu masih berpuasa

“Ia sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa jika (hilal) tertutup oleh awan, hujan, dan mendung, serta tidak dapat dilihat oleh mata kebanyakan orang, maka sempurnakanlah puasa selama 30 hari,” jelas Awin Sultan.
“Alhamdulillah. Saya yakin dan insya-Allah akan genapkan puasa selama 30 hari ini,” kata Nor Asma.

Walau bagaimanapun, terdapat pengguna media sosial yang mempunyai pandangan berbeza dan memilih untuk mengikuti saranan pakar yang menetapkan perkara tersebut.

“Saya berbeza pendapat kerana mufti menyatakan bahawa berpuasa selama 29 hari adalah sah manakala berpuasa pada 1 Syawal pula diharamkan,” jelas Amran.

Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa umat Islam di negara ini akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat selepas aktiviti cerapan di 29 lokasi seluruh negara yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan oleh mufti negeri serta pakar falak, alim ulama, dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

Sebelum ini, umat Islam di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak memulakan ibadah puasa pada 12 Mac, menjadikan jumlah hari berpuasa tahun ini sebanyak 29 hari.

Baca Lagi:
Aku sedang mengandung anak ke 4, tiba-tiba suami cakap aku ni dah tak ada rasa sebab dah jatuh cinta dekat perempuan lain
Tok bilal hampir pengsan nampak objek berselubung di tengah ruang solat, rupanya…
Subhanallah, penduduk solat sunat istisqa’ selesai solat hujan turun dengan lebat
CATEGORIES