Malaysia mungkin laksanakan kubur bertingkat, ini cara ia berfungsi yang perlu anda tahu

Photo of author

By Joe

Malaysia mungkin laksanakan kubur bertingkat, ini cara ia berfungsi yang perlu anda tahu. Tidak dapat dinafikan, isu kepadatan tanah perkuburan Islam kini sedang menjadi perbualan hangat dalam masyarakat.

Perbincangan itu turut menular di laman X apabila seorang pengguna berkongsi tentang sistem kubur bertingkat yang dikatakan akan digunakan di Malaysia.

Dia memberikan jawapan kepada pertanyaan itu selepas seorang pengikut bertanya tentang fungsi kubur bertingkat jika dilaksanakan.

Malaysia mungkin laksanakan kubur bertingkat, ini cara ia berfungsi yang perlu anda tahu

“Singapura telah menggunakan sistem kubur bertingkat ini untuk umat Islam. Pada dasarnya, kubur lama akan diambil tanahnya dan mayat yang baru akan diletakkan di atasnya (selepas lebih kurang 15 tahun).
“Mungkin pada masa akan datang, Malaysia juga akan melaksanakan sistem yang sama. Fatwa telah membincangkan perkara ini sejak lama. Ia dianggap harus,” tulisnya.

Hukum membina kubur bertingkat

Malaysia mungkin laksanakan kubur bertingkat, ini cara ia berfungsi yang perlu anda tahu

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Firman Allah SWT:

ثُمَّ أَمَاتَهُ فَأَقْبَرَهُ

Maksudnya: Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan; (Surah ‘Abasa: 21)

Al-Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini berkata: “Allah menjadikan untuk manusia itu kubur yang menutupi mayatnya sebagai satu kemuliaan baginya, kalau mayat itu dibiar maka ia akan menjelekkan dan dimakan oleh haiwan, ayat ini juga memberi maksud bahawa Allah mengarahkan supaya mayat manusia itu ditanam dan tidak dibakar selepas kematiannya. (Lihat AI-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 19/219)

Difahami dari ayat ini bahawa menanam mayat manusia itu adalah sunnah Allah pada makhluknya, oleh itu mayat manusia tidak boleh dibuang sewenangnya di atas muka bumi seperti binatang atau dibakar sebagaimana yang berlaku. Ini adalah kemuliaan Allah SWT terhadap manusia.

Bentuk kubur bertingkat

Fatwa kedua dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dan diwartakan pada 7 Oktober 2004. Antara maklumat fatwa tersebut menyebut:

“Jika tanah perkuburan sudah penuh dan tiada ruang kosong tambahan untuk memperluaskan tanah perkuburan, adalah disyorkan untuk menggunakan semula tanah perkuburan lama dengan cara: Menimbun tanah di atas kubur lama di kawasan tanah perkuburan setinggi 4 kaki. Kaedah ini sangat sesuai di tanah perkuburan yang rata.”

Kami mendapati bahawa di beberapa tempat, mayat diletakkan ke dalam tanah dalam bentuk disorong. Ini juga amalan yang diamalkan. Namun, kami bersetuju dengan fatwa Negeri Selangor ini.

Negara yang melaksanakan pembinaan kubur bertingkat

Antara negara yang melaksanakan pembinaan kubur bertingkat termasuklah Mesir, Singapura, dan mungkin beberapa negara lain.

Muzakarah Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-92 yang berlangsung pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan isu ini dan membuat keputusan seperti berikut:

  • Setelah mendengar taklimat, pandangan dan hujah yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, muzakarah berpandangan bahawa ia diharuskan dan tidak bertentangan dengan syarak, namun dengan syarat berada dalam keadaan darurat seperti, kepadatan penduduk dan lokasi tanah perkuburan yang terhad.
  • Sehubungan itu, muzakarah bersetuju dan memutuskan bahawa berdasarkan prinsip hukum Islam, pembinaan kubur secara bertingkat harus dilaksanakan sekiranya keperluan amat mendesak bagi mengatasi kekurangan tanah perkuburan orang Islam pada hari ini.
  • Walaubagaimanapun, kajian terhadap modul-modul pelaksanaannya perlu diteliti secara menyeluruh dengan mengambil contoh di beberapa buah negara luar yang telah melaksanakannya di samping mengambil kira aspek penjimatan kos dan seumpamanya.

Oleh itu, kami berpendapat bahawa hukum pembinaan kubur bertingkat adalah harus dan dibenarkan. Kami juga berpendapat bahawa sudah tiba masanya bagi Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk bekerjasama dalam melaksanakan perkuburan bertingkat bagi memaksimumkan penggunaan tanah kubur, supaya isu mengebumikan jenazah tidak menjadi suatu hal yang sukar dan tidak ada tempat untuknya. Ini merupakan tanggungjawab bersama dalam mengebumikan jenazah mengikut hukum Syariat yang sebenar.

Semoga isu ketidakcukupan tanah kubur di bandar-bandar utama dapat diselesaikan melalui pembinaan kubur bertingkat.

Baca Lagi:
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dijarakkan 300 meter dari kubur lain – Ketua Kampung
Penggali kubur mati dalam lokap, keluarga dapat ganti rugi RM197,600
Anak murid bagi hadiah hari guru sejadah dan tasbih digital, ‘masalahnya cikgumu kafir nak’