Hukum ziarah kubur pagi raya, ini penjelasan Ustaz Wadi Annuar

Hukum ziarah kubur pagi raya, ini penjelasan Ustaz Wadi Annuar

Hukum ziarah kubur pagi raya, ini penjelasan Ustaz Wadi Annuar. Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar menjawab persoalan mengenai hukum menziarah kubur di pagi hari raya Aidilfitri.

Melalui perkongsian di TikTok, Ustaz Wadi mengambil dua pandangan daripada ulama tentang hukum berbuat demikian.

Menziarahi kubur pada bila-bila masa adalah sunat dan dituntut dalam agama Islam.

Hukum ziarah kubur pagi raya, ini penjelasan Ustaz Wadi Annuar

Hukum menziarahi kubur di pagi raya ada dua pandangan. Pertama, ianya makruh kerana tiada dalil dari Nabi menziarahi kubur pada pagi raya.
Ulama yang mempunyai pandangan ini mengatakan bahawa ianya makruh kerana menziarahi kubur boleh menimbulkan kesedihan, manakala hari raya adalah untuk bergembira.

Pandangan kedua adalah dari mazhab Hanafi, yang juga disebutkan dalam kitab Al-Fatawa Al-Hindiyyah, menyatakan bahawa sunat untuk menziarahi kubur pada hari-hari yang diberkati, antaranya Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri.

Bagi pandangan ini, adalah bergantung kepada individu sama ada mahu menziarahi kubur pada pagi raya atau tidak, kerana tiada hukum yang mengatakan perkara tersebut salah.

Oleh itu, sesiapa yang ingin menziarahi kubur pada pagi raya boleh melakukannya tanpa menyalahkan atau memandang rendah kepada orang yang tidak melakukannya. Begitu juga sebaliknya, sesiapa yang tidak mahu menziarahi kubur pada pagi raya tidak sepatutnya menyalahkan orang yang melakukan perkara tersebut.

Sebab asal menziarahi kubur adalah dituntut, hanya perbahasan pada menziarahi kubur pada pagi raya sahaja. Semoga perbezaan pendapat ini di kalangan ulama dapat mengembalikan keharmonian dalam umat Islam.

@izzahshah_channel Hukum Ziarah Kubur Pagi Hari Raya #ustazwadianuar #raya2024 #fyp #xyzbca #viralvideo ♬ bunyi asal – izzahshah channel

Baca Lagi:
Penduduk ramai-ramai sapu duit raya tengah jalan
Subhanallah, penduduk solat sunat istisqa’ selesai solat hujan turun dengan lebat
2 pelajar tahfiz jadi imam tarawih 20 rakaat selama 27 hari hanya dapat RM100
CATEGORIES