Kantoi curang, isteri lepas geram belasah suami, kekasih gelap di pasar

Kantoi curang, isteri lepas geram belasah suami, kekasih gelap di pasar

Kantoi curang, isteri lepas geram belasah suami, kekasih gelap di pasar. Seorang isteri memukul suaminya selepas didapati membeli-belah di sebuah kedai bersama kekasih di pasar Ghaziabad yang sibuk di Uttar Pradesh pada Khamis.

Kejadian berlaku selepas wanita itu berjaya mengesan suaminya dan menyerbu kedai tersebut bersama dua lagi wanita lain.

Apabila kekasih suaminya itu cuba menolong, dia juga dipukul oleh rakan wanita tersebut, lapor India Today.

Rakaman video kejadian itu tular di media sosial.

Kantoi curang, isteri lepas geram belasah suami, kekasih gelap di pasar

Sejumlah orang berkumpul untuk menonton kejadian itu tetapi tiada siapa yang berani masuk campur bagi meleraikan perbalahan tersebut.

Seorang pekedai kedengaran menjerit perkataan keluar dalam bahasa Hindi sekali gus menggesa wanita itu untuk menyambung perbalahan tersebut di luar kedainya.

Kejadian itu berlaku pada perayaan Karwa Chauth.

Perayaan itu disambut dengan golongan wanita yang sudah berkahwin berpuasa sepanjang hari dan berdoa untuk kesejahteraan suami mereka mengikut agama Hindu.

Baca Lagi:
Panas! Pemimpin PKR ditahan PDRM
Kongsi rahsia menang jakpot Magnum 4D, wanita Sarawak ini siap tunjuk bukti menang RM13.59 juta
Duit tersilap masuk RM49.2 juta dalam akaun bank, pasangan ini sempat beli 4 buah rumah, akhirnya ini yang terjadi
CATEGORIES