Kecoh semua pembangkang keluar dewan rakyat tanda protes

Kecoh semua pembangkang keluar dewan rakyat tanda protes

Kecoh semua pembangkang keluar dewan rakyat tanda protes. Ahli parlimen PN pagi ini keluar beramai-ramai dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes mereka apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau tidak membenarkan usul pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahaskan hari ini.

Awalnya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamil (PN-Machang) berdiri pada awal persidangan sesi membacakan aturan mesyuarat yang memaklumkan bahawa usulnya membahaskan isu tersebut ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Pun begitu dia menggesa agar usul tersebut tetap diizinkan untuk dibahaskan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Kecoh semua pembangkang keluar dewan rakyat tanda protes

“Tuan yang dipertua, saya telah menerima jawapan balas daripada pejabat Tuan Dipertua Dewan Rakyat berhubung usul yang saya hantar pada Jumaat lalu.
“Malangnya, pada pagi ini saya lihat usul ini telah ditolak dengan alasan bahawasanya timbalan menteri dan menteri kewangan telah menjelaskan berkenaan pengeluaran bersasar KWSP ini.
“Tapi saya dapat banyak pandangan dan komplen keresahan daripada rakyat bahawasanya penjelasan daripada kedua-duanya tak memuaskan mereka, jadi izinkanlah untuk kami bahaskan perkara ini hari ini… berbaki dua hari lagi (sidang Dewan Rakyat), sebelum kita tamat sesi sidang parlimen hari ini.
“Bolehkah ia dipertimbangkan kepentingan orang ramai yang perlukan pengeluaran KWSP bersasar pada kali ini? Mohon pertimbangkan,” katanya.

Lau bagaimanapun bertegas dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul dan meminta Wan Ahmad Fayhsal menghantar usul berkenaan sekali lagi sekiranya tidak berpuas hati.

Didesak berkali-kali oleh ahli parlimen lain termasuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan Shahidan Kassim (PN-Arau), Lau tetap bertegas dengan keputusan tersebut.

Ia mendorong ahli parlimen PN mengancam untuk meninggalkan dewan sebagai tanda protes.

“Kalau begitu caranya, saya fikir kami di sini mahu juga perkara ini dibahaskan. Kalau tak mahu dibahaskan kami boleh keluar untuk menunjukkan bahawa kami protes dalam perkara ini,” kata ketua pembangkang, Hamzah Zainudin.

“Silakan,” kata Lau.

Baca Lagi:
Jangan basuh telur selepas beli, ini penjelasan doktor
Kumpulan Dolla menyanyi di majlis Iftar, reaksi pelajar tahfiz di meja depan jadi perhatian
Rusuhan baju Melayu RM1, ada yang cedera dan pengsan
CATEGORIES