“Sayu lihat keadaan bekas lagenda bola sepak Kelantan ini, dulu dijulang kini gelandangan”

“Sayu lihat keadaan bekas lagenda bola sepak Kelantan ini, dulu dijulang kini gelandangan”

“Sayu lihat keadaan bekas lagenda bola sepak Kelantan ini, dulu dijulang kini gelandangan”. Dalam era penuh pancaroba ini, desakan sosioekonomi dan gangguan emosi mampu menghimpit mereka yang dalam keadaan tidak kukuh kewangan sehingga akhirnya ke gelanggang serba kekurangan.

Walaupun negara semakin pesat dengan pelbagai pembangunan dalam menuju modenisasi hidupan manusia namun disebalik kisah putih ini masih lagi wujud kisah segelinap golongan tunawisma atau lebih dikenali sebagai gelandangan tanpa pelindungan kediaman mahupun punya kerjaya tetap disebabkan desakan kewangan

Renungan di kaca mata mereka seakan menggambarkan kesulitan hidup pernah dialami hingga meragut jiwa kala merangkak untuk menjalani kehidupan sebagai individu normal. Namun, apakan daya mereka tersungkur di tengah jalan.

"Sayu lihat keadaan bekas lagenda bola sepak Kelantan ini, dulu dijulang kini gelandangan"

Baru-baru ini tular video di laman TikTok, seorang sosok yang dilihat seolah-olah seperti bekas legenda pemain bola sepak Kelantan.

Hal yang demikian tidak dapat disahkan kesahihannya bagaimanpun dakwaan wajah gelandangan itu dilihat begitu persis!

Wajah sugul lelaki berkenaan terlihat begitu lelah memikirkan nasib.

Meskipun sebelum ini terdapat banyak laporan mengenai bekas atlet yang dahulunya begitu lincah beraksi di padang dan popular di hati ribuan peminat ketika menjulang pingat buat negara kini terpaksa menjalani kehidupan sebagai pemintak sedekah mahupun gelandangan.

"Sayu lihat keadaan bekas lagenda bola sepak Kelantan ini, dulu dijulang kini gelandangan"

Lebih memilukan, hanya berbekalkan sebuah beg berisi pakaian, kebanyakkan daripada mereka ditemui ketika sedang menyusun kotak untuk dijadikan alas sebelum melelapkan mata di kawasan berkenaan yang turut menjadi lokasi penginapan gelandangan di ibu kota ini.

Benarlah orang kata hidup ini umpama roda kadang diatas kadang dibawah, semalam kita disanjung mungkin hari ini kita merempat, kebahagiaan yang dikecapi hanyalah bersifat sementara.

Bagaimanapun, semoga setiap mereka yang sedang diuji ini dikurniakan ketabahan serta diberi perlindungan daripada sebarang musibah dan kecelekaan.

Baca Lagi:
Nahas Pesawat: Ku Li didakwa sudah naik pesawat tapi diajak turun naik pesawat lain
Melaka bakal ‘diserbu’ 50 kapal persiaran mewah
Teruja dapat jumpa PM Anwar, Ifa Raziah hulur tangan nak salam ditolak
CATEGORIES