
Teruja dapat jumpa PM Anwar, Ifa Raziah hulur tangan nak salam ditolak
Teruja dapat jumpa PM Anwar, Ifa Raziah hulur tangan nak salam ditolak. Keinginan penyanyi yang juga merupakan seorang usahawan, Ifa Raziah untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kesampaian selepas ditolak Ahli Parlimen Tambun tersebut.
PM ada wuduk
Situasi tersebut berlaku ketika majlis berbuka puasa penggiat seni dan pengamal media bersama Perdana Menteri bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Menerusi video yang dimuat naik Ifa di Instagram (IG), dapat dilihat penyanyi berkenaan menghulurkan tangannya untuk bersalam namun ditolak Anwar kerana ingin menjaga wuduknya daripada terbatal.
View this post on Instagram
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Perdana Menteri yang menolak pelawaan bersalaman dengan Ifa secara elok dan tertib.