Melaka bakal ‘diserbu’ 50 kapal persiaran mewah

Melaka bakal ‘diserbu’ 50 kapal persiaran mewah

Melaka bakal ‘diserbu’ 50 kapal persiaran mewah. Kira-kira 50 kapal persiaran mewah membawa 25,000 pelancong luar negara disasarkan untuk singgah di Melaka sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) akan bekerjasama dengan ejen dan syarikat kapal persiaran mewah untuk menawarkan pelbagai pakej pelancongan menarik kepada pelancong terbabit.

Melaka bakal 'diserbu' 50 kapal persiaran mewah

“Selain itu, kita juga menyasarkan pelancong yang menaiki kapal persiaran mewah dapat bermalam di Melaka berbanding ketika ini, mereka hanya singgah dalam beberapa jam untuk melawat produk pelancongan di Melaka.
“Dalam kempen TMM 2024, banyak program yang dirangka dan banyak tawaran pakej istimewa serta menarik disediakan kepada pelancong yang melawat Melaka,” katanya di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai di Kota Laksamana di sini, tadi.

Beliau sebelum itu hadir pada Majlis Sambutan Meraikan Pelancong Kapal Persiaran MS Amadea yang belayar dari Singapura dan tiba ICQS kira-kira 8.45 pagi.

Pada majlis itu, sebanyak 390 pelancong kebanyakannya dari Jerman singgah ke Melaka untuk melawat beberapa destinasi pelancongan terkenal di negeri itu khususnya di sekitar Banda Hilir sebelum kapal persiaran dari Bahamas itu meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Klang.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata, pada tahun ini, kira-kira 30 hingga 40 kapal persiaran mewah memberi respons positif untuk berlabuh di perairan Melaka sekali gus membawa penumpang mereka masuk ke negeri itu.

Dalam pada itu, beliau berkata walaupun Melaka tiada jeti khas untuk kapal persiaran mewah berlabuh, namun ia bukan isu utama menarik kemasukan pelancongan dari kapal berkenaan singgah ke negeri itu.

Katanya, ia kerana pelancong kapal persiaran mewah akan dibawa menaiki bot dari kapal itu ke jeti ICQS dan fasiliti yang ada di kompleks berkenaan lengkap dan mampu menampung kemasukan pelancong dalam kumpulan besar.

Baca Lagi:
Suami bersekongkol dengan isteri rogol anak tiri berdepan penjara 830 tahun, misteri kehilangan adik Aliah Qistina terungkai
Apa dah jadi dengan Azwan Ali jual burger tepi jalan?
Kecoh dakwaan Anwar peluk Lizzy, akhirnya tuan badan bersuara siap tunjuk video sebenar kejadian
CATEGORIES