Misteri mayat wanita reput & berulat ditemui dalam bagasi di perhentian bas

Misteri mayat wanita reput & berulat ditemui dalam bagasi di perhentian bas

Misteri mayat wanita reput & berulat ditemui dalam bagasi di perhentian bas. Rangka mayat seorang wanita yang telah reput dipercayai mangsa bunuh dijumpai di sebuah beg bagasi yang ditinggalkan di sebuah hentian bas terbiar berhadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai, semalam.

Rangka mayat dalam bagasi

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada seorang lelaki berhubung penemuan rangka mayat yang berulat dan telah reput hampir 50 peratus.

Misteri mayat wanita reput & berulat ditemui dalam bagasi di perhentian bas

Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati rangka mayat itu sukar untuk dijustifikasi dari segi jantina, umur dan tempoh kematian. Bagaimanapun, rangka mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi proses bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati, jantina mayat berkenaan adalah seorang wanita berusia anggaran 25 tahun, dengan terdapat kesan kecederaan di bawah kulit bahagian kepala.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia selama tempoh dua minggu namun punca kematian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Sivachandran di talian 016-2850204.

Baca Lagi:
“Sayu lihat keadaan bekas lagenda bola sepak Kelantan ini, dulu dijulang kini gelandangan”
Syafiq Yusof mahu jumpa kakak ipar baharu Ira Kazar, apa kes pula ni?
Teruja dapat jumpa PM Anwar, Ifa Raziah hulur tangan nak salam ditolak
CATEGORIES