“Aku nak ambil barang dalam bilik, terkejut nampak langsir bilik kembung, bila diselak rupanya ada ‘betina'”

“Aku nak ambil barang dalam bilik, terkejut nampak langsir bilik kembung, bila diselak rupanya ada ‘betina'”

“Aku nak ambil barang dalam bilik, terkejut nampak langsir bilik kembung, bila diselak rupanya ada ‘betina'”. #Foto sekadar hiasan. Saya berkahwin usia muda, 22 tahun. Kenal setahun, bertunang setahun. Umur 24 tahun dapat anak pertama. Anak kedua, dua tahun selepasnya. Keduanya lelaki, selective czer. Dia suami yang baik.

Semua access sociaI media, account bank, handphone semua saya ada. Dan sepanjang bercinta sampai tunang, sampai kahwin anak dua, memang tak pernah saya tangkap apa – apa walaupun sekecil sms sekalipun. Jadi saya percayakan dia. Cuma kami ada masalah dia ni memang pemalas. Saya kena layan dia macam raja.

Contoh: Baju kat mana dia buka baju, kat situ dia campak. Tak pernah tolong buat kerja rumah sekalipun dalam pantang. Dan masalah sampingan, ibu mertuaku nauzubillah (anak tunggal) faham – fahamlah. Kisah ibu mertuaku ni, kalau kalian nak saya hurai, saya kena buka post lain. Kalau ada permintaan saya buat.

"Aku nak ambil barang dalam bilik, terkejut nampak langsir bilik kembung, bila diselak rupanya ada 'betina'"

Okay sambung.. Perkahwinan saya bahagia. Saya datang dari keluarga sederhana, adik beradik ramai. Dia pula dari keluarga senang, anak tunggal. Kami bahagia, walaupun anak tunggal tapi dia diajar untuk cari duit sendiri.

Kami sama – sama bekerja. Tiap bulan gaji saya sepenuhnya saya serahkan pada dia sebab gaji dia tak cukup. Waktu tu tak rasa apa – apa sebab kami bahagia. Kami tinggal di condo hadiah perkahwinan kami dari mak ayah dia.

Cuma kami masih perlu bayar sewa RM1000 sebulan kepada mak ayah dia. Harga rumah 1.2 Juta ye, jadi saya rasa dah cukup bersyukur dengan apa kami bayar. Lepas lahirkan anak pertama, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Fully susukan anak.

Sampai satu masa, dia cakap dia nak berhenti kerja, nak buka kedai retail. Waktu tu saya mengandungkan anak kedua 5 bulan. Mula – mula saya tak setuju. Tapi dia pegang tangan saya, dia menangis, dia cakap dia perIukan sokongan saya, sebab dia tahu mak ayah dia takkan sokong.

Saya memang ada background business dan marketing. Kami suami isteri bangunkan kedai. Permulaan setup deco semua, saya yang uruskan. Marketing. Kedai buka jam 10am sampai 4am. Saya la cleaner, cashier, saya lah marketeer, sayalah accountant. Sebab waktu tu tak mampu nak ada staff.

Kadang – kadang sampai tertidur anak beranak dalam stor kedai sebab penat sangat. Susah.. tapi kami bahagia. Saya tak dibayar gaji selama 4 tahun. 60% kedai saya uruskan. Tapi asal lepas makan pakai, kereta, komitmen, saya dah happy.

Business semakin maju. Saya jadi tulang belakang. Lepas tu kami buat keputusan untuk buat product sendiri. Saya yang keluarkan duit asb sepenuhnya untuk modal. Staff dari seorang jadi ramai. Business tu mengubah hidup kami.. Sepenuhnya..

Tahun 2016. Titik hitam dalam perkahwinan saya. Dia mula berubah. Saya nak listkan di bawah supaya yang membaca jangan ulang kesilapan saya untuk alert dengan petanda – petanda Allah seawal bulan pertama.

Petanda 1: Dia dah jarang Jemaah. Suruh solat pun liat.

Petanda 2: Lepas solat subuh biasanya saya akan baca 1 helai Alquran. Sejadah biasanya di sebeIah katil kami. 1 pagi, saya tengah baca alquran, dia bangun dan cakap “You ni nak baca, baca kat luar boleh? Bising tahu tak?”

Petanda 3: Saya selalu mimpi dia curang.

Petanda 4: 1 malam dia k3jut saya untuk bersama. Tapi “cara ajakan” tu lain. Saya terdetik nak tanya dia “Whats my name?” Dia jawab, “Nadlopha” bukan nama saya. Nama someone yang saya tak kenal.

Petanda 5: Masa mandi, dia akan bawa handphone masuk toilet. Dia pasang lagu – lagu cinta. Dan nyanyi.

Saya abaikan semua petanda tu. Bagi saya, suami saya baik. Tak baik buruk sangka. Walaupun hati saya kuat rasa macam ada tak kena. Lama kelamaan makin teruk, susah nak diajak berjalan bawa anak. Asyik nak marah – marah. Hubungan bersama dah tak ada. Macam mati nafsu. Dia pernah ke negara seberang dua hari. Off telephone (Petanda ke 6).

Sampai Malaysia, dia cakap charger dia rosak. Dia peIuk saya sangat sangat kuat dia cakap dia rindu (Petanda ke 7). Baju dalam Iuggage, semua dia masukkan dalam washer machine, sejurus selepas masuk rumah dari airport letak sabun dan spin – Petanda ke 8.

Suami saya sejenis tak boleh tidur tanpa saya di sebeIah. Tapi dia hilang 2 hari ke negera seberang tanpa 1 pun call (Petanda 9). M4kin hari m4kin teruk. Sampai 1 malam, dia cerita pada saya dia selalu macam kena gangguan.

Macam selalu nampak keIibat. Sampai satu masa dia str3ss, dia jerit “Apa kau nak?” Dia dengar suara jawab “Aku nak kau murtad”. Waktu tu dia dalam kereta seorang. Saya usahakan jumpa Ustaz Ali. Datang rumah. Baldi kosong. Dia munt4h susu ada tomp0k – tomp0k merah.

Sebelum ustaz tu balik, ustaz tu cakap “Sebab awak ni banyak buat perbuatan mungk4r” Pendek je ayat dia, saya terlepas petanda ke 10 Allah bagi. Lama – lama, saya dah tak tahan. Dia dah pandai balik lewat. Kedai tutup 12am, jam 4 pagi dia baru sampai rumah.

Saya sendiri urus anak. Hantar preschool, lepas tu sambung pergi kedai. Petang balik, ambil anak, sambung kemas rumah pulak. Begitulah hari – hari. Satu malam, saya solat sunat hajat. Saya menangis semahu – mahu kat sejadah.

Saya doa “Ya Allah, Kau bantu aku Ya Allah, Kau berikan aku petunjuk. Mana suami aku yang dulu?” Saya tertidur dalam telekung. Dalam jam 2 pagi saya terbangun. Sebab saya dengar pintu rumah tertutup. Bila saya jenguk, dia dah keluar.

Bila dia balik pun saya tak tahu. Waktu yang sama juga, saya terdetik nak check email. Saya nampak bill telefon kami. Saya terdetik nak check satu – satu. 4 tahun kahwin, saya tak pernah check. Haritu terdetik. Saya nampak ruangan international call, ada satu number dari negara seberang. Saya call. Perempuan tu macam kenal saya.

“Hai Atikah (contoh nama bukan sebenar), your brother is looking for you”. Saya pelik. Saya tanya dia “Who’s my brother?”. Dia sebut nama suami saya. Saya lagi pelik. Saya jawab “He is my husband. Not my brother”.

Perempuan tu terk3jut. Dia terus letakkan telefon. Saya call suami.. Engage. Saya call perempuan tu.. Engage. Saya terdetik nak save no perempuan tu. Saya search dia di Whatsapp, tak jumpa. Saya search dia di LINE apps, jumpa!

Display photo suami saya siap berpakaian uniform pilot, tengah berlaga pipi dia. Seluruh badan saya menggigiI. Saya meraung sampai mak ayah dia terbangun. Saya tunjuk gambar tu kat mak. Mak mengucap panjang. Saya call dia, saya cakap balik sekarang, kalau tak, saya cari dia kat luar.

Dia pun balik. Dia ketawa tengok gambar tu. Dia jawab “Oh.. Ini gambar annual dinner haritu..” (Ini petanda suami kita dah kena something. Dia jawab sesuatu yang serious tu macam dia dalam keadaan bingung). Saya beIasah dia cukup – cukup. Depan mak ayah dia.

Mak dia pun join sekali masa tu. Koyak baju dia semua. Dia lari keluar rumah. Naik tangga. Tak tunggu lift. Sebelum tu dia sempat pecahkan pintu bilik. Sebab saya ramp4s handphone dia, saya masuk bilik dan kunci. Lepas dia dah ramp4s handphone tu, dia call police. Lucu kalau ingat – ingat balik.

“Encik – encik, datang rumah saya. Ada orang ced3rakan saya” – Waktu tu kami tengah masih beIasah dia. “Encik di mana dan siapa yang ced3rakan encik”. “Di rumah, mak dan isteri saya” – Nampak tak dia sendiri bingung dari cara dia cakap dengan polis?

Polis jawab “Hal rumah tangga kami tak boleh campur encik”. Keesokkannya, ayah dia pujuk balik rumah. Waktu tu saya masih percaya suami saya baik. Tapi dia kena guna – guna. Mak buat solat hajat malam tu, baca Yassin tiga kali. Pada bahagian “Kun fa ya kun…” Niat apa kita nak.

Tutup je quran, mak nampak Iembaga menyerupai anak dia. Dari pusat ke atas rambut mengerbang. Muka hitam macam kesan minyak. Ayah bawa dia ke Paya Jaras. Ustaz yang lain pula. Berubat pakai pokok nona. Korang boleh google “rawatan pokok nona ustaz paya jaras”

Balik berubat, satu badan dia penuh dengan kesan Iebam. Sebijik macam orang baru lepas kemaIangan. Waktu tu, saya masih percaya. Dia kena buatan orang. Mak tak sampai hati nak teruskan rawatan tu 7 hari. Dahan nona ni kalau kena badan pes4kit yang ada gangguan, akan naik Iebam – Iebam biru.

Kami jumpa Ustaz C. Di Negeri Sembilan. Ustaz tu cakap “Orangnya gempal – gempal janda anak satu”. Suami isteri kena mandi limau 3 hari. Saya pelik. Janda anak satu? Perempuan tu yang saya tahu belum pernah kahwin. Part ni korang akan jumpa jawapan di akhir cerita nanti.

Selesai mandi 3 hari, dia memang cakap dia dah putus dengan perempuan tu dan dia kena sih1r. Dia cakap, boleh tak nak ruang untuk dia berehat. Dia minta saya balik kampung saya. Saya drive balik kampung dengan anak kecil 2 orang.

Sebelum balik, saya sempat iron semua baju dia, saya beli makanan banyak – banyak masukkan dalam fridge. Saya siapkan fresh towel banyak – banyak sebab saya tahu dia tak biasa buat sendiri. 3 minggu di kampung, Boleh dikira dengan jari berapa kali dia call saya.

Siang malam saya tak boleh tidur. Tak boleh makan. Saya susut 10kg bayangkan. Malam – malam saya tahjud. Sampai 1 hari, terdetik saya nak upah Private Investigator (PI). Saya google. Saya jumpa seorang. Saya bayar dia RM2000.

Masuk minggu keempat, PI saya bagi info. Passport perempuan tu ada masuk Malaysia tarikh yang sama saya balik kampung 3 minggu lepas. S4kit jantung saya, saya pack semua barang. Malam tu juga saya drive ke KL dengan anak dua orang. Mak saya temankan.

Tapi saya balik rumah kedua saya. Bukan rumah yang dia duduk. Juga, saya tak bagitahu dia saya di KL. Malam yang sama, PI tu cakap suami dan perempuan ada di Bangi. Tengah makan. Saya dah siap pakai tudung. Anak merengek nak susu. Tengah menyusukan baby, saya tertidur. End up saya tak dapat tangkap dia.

Esoknya saya ke kedai bawa anak. Dia terk3jut. Saya minta dia balik rumah kedua. Dia balik. Siang malam mana dia pergi saya ikut. Korang mesti tertanya – tanya mana dia letak perempuan tu dan macamana dia boleh tak jumpa perempuan tu dalam seminggu ni? Hujung cerita korang akan tahu.

Satu hari, dia cakap dia nak pergi hantar stock di Shah Alam. Saya tak leh ikut dia cakap. Nanti kereta penuh. Saya berkeras nak ikut. Saya pegang je tangan dia. Dia turun kedai, saya ikut. Tapi dia tak pergi kat kereta. Dia jalan kaki (dalam keadaan saya pegang tangan dia) ke row belakang kedai, dia bawa saya pergi balai polis.

“Encik, tangkap dia ni, menganggu privacy saya”.

“Puan ni siapa ya?”

“Encik saya minta maaf, saya isteri dia, dia dalam proses perubatan encik. Dia kena minyak dengan perempuan seberang”.

Polis gelak. Dia terus lari tinggal saya. Saya kejar dia. Waktu turun tangga, saya terjatuh. Ada seorang adik naik motor. Dia tanya.

“Akak, akak okay ke?”

“Akak okay dik. Tapi boleh tak tumpang akak sampai kereta? Kaki akak seIiuh rasanya”.

Waktu tu tak fikir apa dah. Fikir nak kejar suami je. Rendahnya maru4h saya, saya letakkan. Saya tak dapat fikir apa – apa. Air mata je jadi peneman. Saya sampai kereta lebih awal dari dia. Saya kan naik motor adik tu. Dia jalan kaki.

Kereta dia park depan kedai kami. Tah macamana terdetik. Saya check poket seluar, ada kunci pendua kereta. Tak fikir panjang, saya masuk kereta. Saya sorok kat lantai seat belakang. Saya tunduk dan tunggu dia sampai. Dia masuk kereta. Dia cepat – cepat start enjin kereta.

Sampai satu tempat, dia berhenti. Dia keluarkan handphone. Saya intai dari seat belakang. Dia reply message siapa tah “I’ll be there baby”. Lepas tu dia sambung drive. Dia tertoleh kat belakang sebab berhenti isi minyak, dia nampak saya kat situ. Ini perbualan kami.

“Eh kau siapa? Eh kau h4ntu!”

“Tak baba.. Ni I ni.. I menyorok belakang tadi. I ada kunci kereta”

Saya sujud kaki dia (Waktu ni saya memang b0d0h. Sebab saya tahu suami saya baik. Suami saya cuma kena sih1r) Saya sujud sambil cakap “Baba, baba jadikan perempuan tu isteri kedua, I sanggup baba.. Asalkan anak – anak I tak membesar tanpa bapa” (anak pertama sangat rapat dengan dia)

“Kau ni giIa ke? Perempuan apa? Kan aku dah putus!”

Dia masuk kereta sambung drive. Dia drive laju. Saya takut. Saya peIuk dia dari belakang. Saya baca ayat kursi kuat – kuat. Nak tahu ape dia buat? Dia keluarkan handphone. Letak kat holder, lepas tu dia record video from front camera.

Dia cakap, “Ini bukti ye. Nampak tu dia c3kik saya? Dia cuba bunvh saya!” (Padahal saya tengah baca ayat kursi sambil peIuk dari belakang). Habis record, dia drive sampai Balai Polis lain pulak. Dia suruh saya keluar. Dia masuk balai.

Kat kaunter aduan dia tunjuk video dia record tu pada polis dan suruh polis tangkap saya. Polis “Eh encik, dia baca ayat kursi ni encik. Tak c3kik pun”. Saya terpaksa tebalkan muka “Minta maaf encik. Suami saya dalam proses perubatan. Dia tak betul sikit”.

Saya cakap pada dia. “Jom balik”. Dia pun drive saya balik. Sampai rumah, saya nampak mak ayah dia. Masuk ke rumah. Ayah dia padlock kan grill. Saya tak perasan. Yang saya tahu tengah susukan anak saya dengar dia jerit.

“Ey orang tua, kau buka padlock ni” Dia tendang – tendang pintu. Seorang yang penyayang. Lemah lembut dengan mak ayah. Anak tunggal katakan. Saya keluar bilik, angkat baby. Anak yang sulung dah bingung kat situ. Umur baru 3 tahun tak faham apa.

Saya tengok dia dah pegang kayu golf, sambil cakap “kau bukak pintu ni atau aku terjun dari tingkat 2 ni”. Takda pilihan, mak buka pintu. Dia pergi kat saya, dia pegang tangan saya, dia cakap “Aku ceraikan kau dengan talak 1”

Saya tergamam. Saya kejar dia. Dua – dua lari turun tangga. Tapi dia sampai kereta dulu. Dia lock pintu. Saya cuma sempat pegang handle pintu. Saya kejar kereta sambal pegang handle pintu. Sampai saya terjatuh dekat jalan tar sebab dia tekan minyak. 300 metre jugak saya lari. Ayah dia datang angkat saya.

Malam tu jugak, abang saya, kakak ipar saya turun dari Melaka. Dengan Ustaz D. Saya dah kepenatan. Saya tertidur. Abang saya keluar rumah cari dia satu KL. Sepanjang malam tu Ustaz D buat perubatan dari jauh. Saya tak tahu apa dia buat, tapi..

Esoknya, saya terbangun sebab saya rasa kaki saya macam kena hempap. Saya ingat anak saya tertidur kat kaki, saya mamai – mamai bangun, dia kat kaki saya. Menangis – nangis mintak ampun. Dia cakap dia banyak buat d0sa.

Saya Cuma tanya, “You lapar? You dah makan? Pergi mandi dulu, I siapkan makanan”. Lepas tu hubungan kami bahagia.. Macam mula – mula kahwin. Ramadhan sampai. Lepas tu raya. Berlarutan 6 bulan.. Saya minta 3 syarat.

  • Solat sunat taubat nasuha
  • Junjung alquran takkan berzina lagi
  • Saya nak tahu full story

Dia cakap, sepanjang 3 minggu perempuan tu di KL, dia sewakan studio condo untuk perempuan tu. Dia mintak tolong saya pergi pulang kunci. Owner rumah cakap okay. Tapi kena bersihkan rumah dan deposit 2 bulan burn.

Saya pergi rumah tu. Sendiri. Saya kuatkan semangat untuk masuk. Barang baju – baju suami, fresh towel, makanan (yang dulu sebelum saya balik kampung saya siapkan untuk dia), ada kat rumah tu. Ada banyak baju, make up, barang perempuan tu juga.

Yang paling sedih, cadar hitam penuh tompokan, putih – putih. Korang tahu apa… Pant1es terpakai terselit bawah sofa. Saya text perempuan tu. Saya cakap, dia nak saya buat apa dengan barang – barang dia. Kalau nak saya boleh postkan ke negara dia.

Dia cakap tak perlu, dia nak lupakan suami saya. Jadi barang – barang dia saya sedekahkan pada part time maid yang kemas bilik tu. Saya kemas barang – barang suami saya dengan penuh air mata. Sampai maid tu pun c0nfuse. Apa masalah saya. Tapi dia tak tanya.. Saya cuma nampak dia pun menangis.

6 bulan berlalu. Saya masih tak boleh lupakan.. Tapi saya layan suami macam biasa. Satu hari saya rasa pedih masa buang air kecil. Saya pergi jumpa doctor pakar. Dia cakap saya ade infection. Ada sejenis bacteria yang biasanya boleh dapat melalui hubungan keIamin.

Saya tak fikir jauh. Saya fikir perempuan tu je dan suami. Saya kena tahan wad seminggu. Saya sembuh. Penutupan cerita, saya mohon Allah bagi saya petunjuk, kekuatan, saya macam depr3ssion. Dengan duit collection kedai gha1b tah ke mana. Saya kena keluarkan lagi duit asb nak cover business dia bulan tu.

Satu hari perempuan tu call. Dia cakap nak minta maaf. Dan dia nak berterus terang. Apa yang saya dapat dari dia?

1 gambar mesra mereka berlatar belakangnya cermin dalam bilik tidur rumah pertama kami.

2.satu video mereka atas katil rumah pertama kami.

3.Suami saya jadi terlampau ‘kuat’. Sehari sampai 10 kali dia kena beIasah.

4.Bila kena beIasah, bukan biasa – biasa ye. Kejap kena pakai uniform nurse, kejap army, kejap uniform wondercat, u all faham kan maksud I? Selama kahwin saya tak pernah tahu nafsu dia begitu. Dan dia tak pernah minta saya buat begitu. Kalau dia minta, saya boleh buat admin. Bukannya saya takda rupa. Bukan nak bangga diri. Saya cuba nak bagitahu, macam mana hebat kuasa minyak tu.

5.Ratusan gambar selfie mereka. Tengok movie, klcc, icity macam – macam tempat la dia ni kononnya boyfriend tour guide sepanjang 3 minggu saya di kampung.

6.Suami kenal dia di chat room khas negara dia.

7.Suami mengaku bujang.

8.Suami mengaku pilot (Ingat gambar mula – mula saya nampak tu?) Bukan itu sahaja, Perempuan tu siap bagi gambar license penerbangan, batch, topi dan uniform suami saya yang dalam simpanan dia. Lucu kan? Tah macamana dia edit.

9.Malam saya telefon dia pertama kali, dia cakap dia terk3jut. Dia putus dengan suami. Tapi satu hari je. Suami pujuk dia datang Malaysia untuk terangkan keadaan sebenar. Dia terlalu sayangkan suami saya.

10.Dia datang Malaysia. Berdepan suami. Dia cakap dia dah jumpa IG saya. Dia dah tengok semua gambar kami dari kami bercinta, bertunang sampai dua anak.

11.Tapi suami saya ni menafikan dengan alasan;

• Dia ada kembar nama Daniel

• Kembar dia yang tak wujud tu, dah mengandungkan saya. Anak luar nikah

• Nak tutup malu, Daniel kena kahwin dengan saya

• Satu hari sebelum majlis, Daniel hilang

• Dia kena ganti tempat Daniel. Tapi dia cakap dia tak pernah bersama saya sepanjang 4 tahun

• Itu alasan untuk anak pertama kami. Anak kedua? Bila perempuan tu tanya, dia jawab anak kedua dia taktahu. Entah dengan siapa saya bersama

• Dia cakap saya ada masalah mentaI

• Dia ajak perempuan tu kahwin

• Dan selepas saya sampai KL dari kampung, saya ikut dia merata selama seminggu kan? Nak tahu apa alasan dia bagi kat perempuan tu? Alasan dia takleh jumpa perempuan tu sebab, mak dia meninggaI! Kena berkabung 7 hari. Dia suruh perempuan tu diam – diam duduk studio condo tu, habis berkabung, dia datang.

• Malam dia kena kurung sekejap dekat rumah tu? Dia pergi studio condo tu, ambil perempuan tu dan pergi KLIA cari tiket untuk perempuan tu balik. Tiket pagi esok baru available. Jadi diorang check in hotel KLIA malam tu. Lepas perempuan tu selamat naik flight, baru dia balik rumah minta maaf dengan saya

Semua benda kat atas ni bukan cakap kosong ye. Memamg perempuan tu hantar screensh0t perbualan di LINE Apps. Hati saya ni dah macam dihir1s lumat. Perlu ke babitkan anak – anak? Saya beIah – beIah perut nak keluarkan anak – anak penyambung keturunan dia, berbin kan nama dia.

Selama ni kita selalu dengar suami mengaku bujang. Tapi suami saya, mengaku anak – anak kami, anak luar nikah! Kami sah suami isteri dua tahun baru dapat anak pertama. Saya tahu tu perkara lama. Buat apa nak diungkit.

Tapi siapa yang berada kat tempat saya je yang boleh faham macamana h4ncur hati saya! Saya maafkan dia atas dasar saya ingat dia kena sih1r. Tapi dia yang cari peny4kit! Saya tanya dia. Dia mengaku. Tapi dia marah saya kenapa saya masih berhubung dengan perempuan tu dan dia cakap saya yang b0d0h sebab pergi s4kitkan hati sendiri.

Lepas tu hubungan kami dah teruk. Siang malam berg4duh. Kami tak boleh bersama. Macam m4ti nafsu. Asal jumpa je g4duh. Bila jauh rindu. Saya sentiasa bandingkan cara layanan dia pada perempuan tu dan cara layanan dia pada saya.

Saya memang major depr3ssion. Saya macam orang giIa. Kejap saya manja, kejap saya ketawa, kejap saya menangis, kejap saya menjerit. Memang huru hara hidup dia saya buat. Sampai satu malam, kami berg4duh, sampai saya pergi dapur ambil benda t4jam.

Saya acu pada dia, saya cakap, “Ceraikan aku, ceraikan aku!”. Demi Allah admin.. Saya tak sedar. Saya sedar apa saya cakap, saya nampak. Tapi saya tak dapat kawal mulut dan badan saya. Sayup – sayup saya dengar, dia cakap “I ceraikan u”. Saya nampak dia menangis.. Lepas tu dia keluar rumah. Tinggalkan saya.

Saya pengsan.. Tak ingat apa dah. Saya bangun, saya nampak staff saya. Staff saya cakap suami saya yang suruh dia datang tengokkan saya. Saya cakap pada staff saya, tolong call Ustaz E. Ustaz E datang rumah. Saya berubat 3 hari. Ada sih1r rumah tangga. Dah 6 bulan dengan saya.

Memang ditujukan untuk saya. Saya sedih. Saya menyesal. Saya sayang suami saya. Tapi mana dia waktu saya s4kit? Sedangkan waktu dia s4kit, saya usaha sembuhkan dia. Siapa yang cakap tak percaya menda – menda ni, syabas! Anda sama macam saya dulu. Tak percaya. Sampai saya sendiri kena, baru saya tahu. Menda ni betul dan wujud.

2 minggu berlalu.. Dia tak balik – balik. Dia tidur rumah pertama kami dengan mak dan ayah dia. Satu malam dia message saya, dia cakap esok dia balik. Dia rindu saya dan anak – anak. Saya happy. Pagi esoknya, saya terdetik nak balik kampung.

Nak minta pendapat mak ayah. Pagi tu lepas solat subuh, saya call mak dia. Mintak tolong jaga anak sampai jam 8pm. Saya nak balik kampung. Tapi saya balik hari.. Mak cakap datanglah rumah. Hantar anak. Jam 6.45 am saya sampai rumah tu.

Saya dr0p anak, saya dah ready nak keluar. Tiba – tiba saya teringat nak ambil barang dalam bilik saya. Saya ketuk pintu bilik kami. Dia tak bukak. Lock.. Lepas seminit dia buka. Tapi buka kecil je. Dia tanya nak apa. Saya cakap saya nak ambil barang sikit.

Dia tutup pintu, lepas 2 minit dia bukak balik. Saya masuk bilik. Bilik tu gelap. Tapi ada samar cahaya dari hall rumah. Saya terdetik nak pandang belakang. Saya nampak langsir tu kembung. Saya terdetik nak selak. Ada seorang perempuan tengah duduk menyorok.

Saya yakin bukan perempuan yang sama. Saya gelarkan dia Perempuan B. Sebab perempuan kali ni sangat gemuk dan pendek. Tapi muka dia macam saya pernah nampak. Tahun 2016 waktu dia kantoi Perempuan A, saya ada nampak macam IG Perempuan B ni dekat blocked list setting IG account kedai saya.

Saya pernah tanya dia dulu, “Kenapa eh u block perempuan ni?” Dia cakap, dia tak tahu. Staff mungkin yang tertekan block. Jadi saya abaikan. Saya tak tahu hantu apa masuk badan saya, kaki saya dah dekat muka perempuan tu, badan dia. 3, 4 das juga dia kena. Suami saya juga. Berd0sanya saya.

Taktahu mana kekuatan tu datang.. Sampai ayah mak dia datang pegang saya kuat – kuat. Diorang cakap “mengucap nak.. nanti polis tangkap kesian anak – anak”. Saya terus teringat anak – anak saya. Saya lari pergi kat diorang, saya peIuk anak saya.

Saya cakap “Allahuakbar Astaghfirullah” Itu je yang saya ingat. Saya meraung sekuat – kuatnya.. Anak – anak saya pun menangis. Tapi diorang tak faham apa – apa. Allah maha kaya. Malam tu dia message nak rujuk. Pagi tu saya tangkap dia.

Apa lagi saya nak tunggu? Waktu tu hati saya tertutup. Selama ini saya bertahan demi anak – anak. Sekarang saya tekad nak cerai demi anak – anak juga. Sampai bila anak – anak kena witness semua kejadian? Mana suami waktu tu?

Dia lari kejar perempuan tu. Perempuan tu lari keluar. Tapi saya sempat nampak ayah mertua saya Iempang dia. Abah dia peIuk saya “Abah mintak maaf.. Abah memang tak tahu ada perempuan dalam tu” Mak? Mak terduduk. Termenung. Mak Abah usia dah lebih 70an.

Saya cakap dengan maid dan mak, tolong jaga anak. Saya nak tenangkan fikiran. Mak setuju. 2017. Balik dari PD, saya failkan penceraian. Saya tak faham kenapa mak bermusvh dengan saya sebab saya tekad nak cerai. Katanya anak dia nak berubah. Nak pujuk saya.

Saya cakap takda apa nak dipujuk lagi. Waktu tu saya cuma fikir, mungkin mak cuma takut kehilangan cucu – cucu dan menantu tunggal. Abah? Abah tak cakap apa – apa. Tak sangka, sepanjang proses penceraian, mak sanggup ambil kereta saya, barang kemas saya, handbag branded saya (hadiah dari mak pada saya).

Semua diambil sebab hadiah kecuali kereta. Kereta tu memang saya yang bayar tiap bulan RM1800 loan 5 tahun lagi 3 bulan nak habis loan, dia minta kereta tu balik. Alasan, sebab kereta tu nama dia. Saya terk3jut. Saya tak tahu. Saya terp4ksa pulangkan.

2018. Hari – hari saya ulang alik hantar ambil anak dari sekolah naik uber. Sampai hampir 5 bulan, saya kebetulan ada business dengan seorang brand owner. Untuk reviewkan product dia. Saya buat review product di FB dan IG. Perkenalan tu menjadi sahabat.

Dia yang ambil tanggungjawab hantar ambil anak sekolah. Hantar anak pergi hospitaI. Bawa anak keluar weekend. Saya tak jatuh cinta pada dia. Cinta saya dah m4ti. Saya jatuh cinta dengan layanan dia pada anak – anak saya. Sampai kalau dia takda, anak akan tanya “Mama, wheres uncle?” R3muk hati saya..

Setahun, dia ajak saya bertunang. Dia jumpa mak ayah saya. Dia bawa saya jumpa mak ayah dia. Dengan anak – anak sekali. Kalau keluar, anak p0p – p0p, dia yang basuhkan. Tanpa disuruh. Saya jadi segan. Sedangkan seumur hidup diorang, boleh kira dengan jari berapa kali bapa kandung diorang mandikan dia, basuh p0p p0p dia.. Saya jadi sebak.

Kenapa Allah hantar lelaki macamni dalam hidup saya? Sedangkan hati saya dah m4ti? Yang paling kelakar, DIA SEORANG PILOT. Tapi buat side income ada product sendiri. Umur 33 tahun. Masih bujang, Saya rasa rendah diri, kenapa dia ni nakkan saya?

Saya huru – hara lepas cerai. Apa yang saya usahakan diramp4s oleh bekas suami dan mak mertua. Saya kena halau dari business yang saya sendiri bangunkan dengan titik peluh dan modal saya. Sebab nak bina hidup balik. Sebab takda kereta.

Sebab mak dah pergi preschool anak fitnah saya bercerai sebab saya kena tangkap khalwat (Kadang – kadang saya rasa. Bukan bekas suami je giIa. Mak mertua saya pun dah semacam. Cakap tak betul. Cikgu sekolah sendiri bagitahu saya..)

Saya terp4ksa serahkan anak – anak pada keluarga mertua. Saya bekalkan maid seorang. Itupun sebab abah minta. Ayah mertua saya sangat baik. Memang baik sangat macam malaik4t. Cuma dia takut dengan mak mertua. Selalu dia kena t3ngking. Tapi sikit dia tak t3ngking balik..

Saya bagi anak pada April 2018. Saya cuma jumpa anak weekend, Jumaat saya akan ambil anak dari Nilai ke KL. Ahad saya hantar balik ke Nilai. Tapi sampai sekarang, saya tak jumpa mak mertua. Sebab ambil dan hantar anak bukan kat rumah dia. Tapi kat mamak depan taman rumah. Abah yang akan hantar.. Tiap minggu kat situ.

Saya terdetik nak menulis, sebab bulan depan ni saya ambil anak for good. Gembiranya hati. Ya Allah.. Tahun depan diorang sekolah di KL. Diorang tinggal dengan saya. Ingat tak yang Ustaz C (2016) cakap janda anak 1? Ye, Perempuan B yang saya tangkap menyorok bawah langsir adalah janda anak 1 (bukan bangsa melayu tapi warganegara kita). Badannya gempal. Sama macam description Ustaz C.

Padahal waktu jumpa ustaz C tahun 2016, saya cuma tahu kewujudan Perempuan A. Apakah misteri di situ? Sebenarnya Perempuan A (2016) atau Perempuan B (2017) yang sih1rkan dia dan saya? Kalau perempuan A, kenapa dia lepaskan suami saya? Saya pun tak tahu..

Kalau Perempuan B, lama mana hubungan mereka? Saya yakin waktu dia putvs dengan Perempuan A, dia putvs juga dengan Perempuan B. Tapi mungkin keinginan Perempuan B terlalu kuat, dia hantar sih1r rumah tangga.

Selepas kami berbaik.. Dan saya yakin dia tahu suami saya dah beristeri. Sebab dia kelihatan tenang je waktu kena beIasah dengan saya. Korang rasa? Baru – baru ni bekas suami ada pujuk nak rujuk. Dia cakap dia tak sayangkan Perempuan B. Dia cuma nak dapatkan tender projek government.

Sebab perempuan tu PA kepada seorang dato kaya. Bekas suami dah jual semua kereta kami. Sekarang dia pakai range rover. Haha, dan dengar cerita dah beli pangkat Dato. Alhamdulillah, tercapai hajat dia tinggal anak bini demi kekayaan dari Perempuan B. Dan mereka masih girlfriend boyfriend sampai sekarang..

Saya pernah sayangkan seorang lelaki lebih dari nyawa saya sendiri. Saya ikut setiap apa Islam ajar. Taat, jaga diri, setia. Saya h4mbakan hidup saya pada dia. Saya cuma nak dia bahagia. Walau saya s4kit, penat, takpe. Asalkan dia happy. Dalam setiap solat saya, saya doakan kesejahteraan dia. Rezeki dia..

Saya tulang belakang business dia. Dan saya tulang belakang keluarga, anak – anak. Sebab saya terp4ksa jadi semua watak, bila bersuamikan anak tunggal ni, Nauzubillah s3ksa dia. Apa benda pun dia tak tahu nak buat. Tapi peng0rbanan saya tak cukup untuk buat dia kaya.

Doa saya tak cukup untuk buat dia kaya.. Saya tak dapat bawa kekayaan macam apa yang Perempuan B mampu. Tahun ni saya insyAllah akan bernikah lagi. Saya takut. Sump4h saya serik. Tapi bila pandang muka anak – anak, saya tahu mereka masih perIukan seorang father figure in the family.

Saya masih nak m4ti sebagai seorang isteri. Isteri yang diredhai suami, boleh masuk mana – mana dari pintu syurga. Saya masih nak ada imam dalam setiap solat saya. Saya juga akan selesaikan semua tuntutan harta mutaah, edah, sepencarian.

Selama ni saya sangat sibuk. Saya kerja pagi ke pagi untuk sara diri. Lagipun ekonomi tak baik untuk bayar lawyer. Kalian semua, doakan saya, doakan anak – anak saya jadi anak soleh mengenal Al-quran. Doakan perkahwinan ini perkahwinan terakhir.. Saya sangat takut. Saya tawakal.

Suami di luar sana, tolong hargai wanita yang bersusah payah dengan anda. Tolong tutup pintu – pintu nafsu anda. Nikmat mana yang anda dustakan? Nikmat dari yang har4m, memang indah sebab dikaburi hasutan sy4itan, sampai yang halal tu nampak buruk.

Yang har4m nampak indah.. Sebuah pengkhi4natan sangat mudah untuk bermula, tapi sangat payah untuk sembuh. Iuka saya, mungkin tak akan sembuh sampai akhir hayat saya. Sampai sekarang saya tak mampu maafkan dia. Saya cuba. Saya tak mampu. Kalau dia terbaca ni, ketahui lah. Saya lah wanita yang awak dah h4ncurkan segala cinta, hati, jiwa dan hidup saya.

Dalam keadaan yang sangat sadis. Saya tak mampu maafkan awak, Mungkin waktu akan membantu, Tapi bila? Saya tak tahu.. Saya tak doakan keh4ncuran hidup awak. Cukuplah baIasan yang setimpal yang buat awak sedar kebaikan dan peng0rbanan saya selama ini.

Cukup untuk awak rasa walaupun 10% pun dari apa yang saya dah rasa. Sebab sekarang yang awak nampak cuma keburukan. Tapi satu hari nanti, bila dah tersedar, mungkin waktu tu dah terlambat. Terima kasih sebab tak pernah lupakan nafkah anak. Walaupun segala harta saya awak ani4ya cukup – cukup.

Kepada ibu mertuaku.. Saya sayang mak. Saya rindu mak. Tapi kenapa hati saya susah nak maafkan fitnah – fitnah mak pada keluarga mak mengenai saya? Kenapa mak kena tutup aib anak sendiri sampai fitnah saya mak?

Kenapa sampai macam ni? Sampai akhir hayat saya, saya tak mampu maafkan mak. Sebab mak pun tak pernah sedar dan minta maaf. Saya tak minta maaf mak, saya cuma minta mak bersihkan nama saya. Saya malu mak.

Demi Allah saya tak pernah ditangkap khalwat sepanjang saya bergelar menantu mak.. Kenapa fitnah saya? Mak je yang ada jawapan. Kepada bakal suami baru, bimbinglah saya dan anak – anak penuh dengan agama. Saya dah tak sanggup bersuamikan, berumah tangga tanpa pas4kan agama.

Jadikan saya isteri terbaik untuk awak, yang mampu cukupkan semua kehendak awak. Saya tak ada keyakinan pada awak. Saya berhenti yakin pada makhluk. Saya letak sepenuh tawakal saya pada Allah. Kepada wanita di luar sana, saya tahu bukan mudah untuk meninggaIkan sesuatu perkahwinan atau sesorang yang pernah bersama kita hampir separuh usia kita.

Tahun ni saya 30 tahun. All my 20s dihabiskan bersama – sama manusia yang tak akan lagi bersama – sama saya harungi my 30s? Sedih? Sangat sedih.. Kesal? Lebih separuh nyawa. Tapi, bersangka baiklah dengan takdir Allah.

Memang p3rit.. Memang s4kit, tapi teruslah harungi dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Menangis puas – puas, mer4ung bila perlu, tapi bila berhadapan dengan semua, senyumlah. Kerana anda wanita hebat! Jangan ulangi kesilapan saya. K0rbankan karier, k0rbankan wang ringgit semua pada suami. Tanpa sikitpun fikirkan diri sendiri.

Jangan terlalu cinta.. Sebab s4kit dia bila kecewa, lebih s4kit dari mana – mana kes4kitan. Pastikan segala harta, ada nama anda. Pastikan segala duit anda adalah untuk anda. Hanya bantu 10% dari segi kewangan dan nafkah.

Bukan semua. Jangan ulang silap saya. Sebab bila jatuh, jatuh tu bukan terduduk. Tertiarap terus tak tahu bila mampu bangun. La tahzan buat semua yang sedang melalui atau sudah melalui. Allah tak uji seusuatu yang kita tak mampu tanggung.

Kesimpulan cerita saya, 2016, bekas suami yang mula – mula cari peny4kit. Bila Perempuan A dah sayang, dia minyakkan tanpa sedar itu suami orang. Itu sebab suami separuh giIa. Dalam masa yang sama sebab kami kerap berg4duh, dia berhubung dengan Perempuan B pula.

Saya syak mereka dari college yang sama dulu, sebab saya nampak Facebook perempuan tu, ada college yang sama. Tapi bila dia sembuh in 2016, dia tinggalkan keduanya. Tapi sih1r yang sampai pada 2017, dari Perempuan B.

Dan dia berjaya hingga sekarang.. Perempuan B pun ada dar4h negera seberang. Sebab saya nampak yang comment Facebook dia pakai Bahasa sana dan dia reply Bahasa sana. Kisah ni masih kekal misteri pada saya. Tapi saya pilih untuk tidak ambil tahu lagi. Assalamualaikum. – NURUL (BUKAN NAMA SEBENAR)

Baca Lagi:
PDRM akan mula guna kamera badan, setiap aktiviti akan dirakam
Najib boleh keluar penjara seawal Januari tahun depan?
Jadi jutawan hanya sementara, penganjur tarik balik hadiah RM4.7 juta kepada pemuda ini selepas berjaya lontar bola keranjang jarak 22 meter
CATEGORIES