Saintis kelahiran Malaysia maut dalam kemalangan ketika berbasikal di Oxford

Saintis kelahiran Malaysia maut dalam kemalangan ketika berbasikal di Oxford

Saintis kelahiran Malaysia maut dalam kemalangan ketika berbasikal di Oxford. Seorang saintis kelahiran Malaysia, Wong Suet Ling, maut dalam kemalangan jalan raya di Oxford, England, pada Selasa.

Mangsa yang berusia 36 tahun dipercayai sedang berbasikal apabila sebuah lori merempuhnya di persimpangan St Clement’s Street dan The Plain di Oxford.

Wong dilahirkan di Malaysia pada 1986 dan berpindah ke London pada 1991 bersama keluarganya.

Pada 2005, dia melanjutkan pengajian ke Oxford bagi mengikuti pengajian dalam jurusan biokimia dan mendapat ijazah doktor falsafah di Jabatan Farmakologi Klinikal Universiti Oxford.

Dia baru-baru ini menjalankan penyelidikan mengenai tindak balas imun manusia terhadap Covid-19 dan kanser.

Keluarganya menyifatkan Wong sebagai “tidak mementingkan diri sendiri dan mengambil berat”.

“Beliau adalah cahaya keluarga kami dan kami sangat sedih kehilangannya pada usia begitu muda di saat dia mempunyai begitu banyak impian untuk dirinya dan anak-anak,” menurut suami Wong yang dikenali sebagai James Felce, dipetik sebagai berkata kepada BBC.

“Saya rasa kehilangan tanpa kehadirannya tetapi dia akan terus hidup melalui cinta yang dia berikan kepada kami dan kepada ramai yang lain.”

Wong meninggalkan suami dan dua anak berusia tiga serta lima tahun.

Pada Khamis, Robert Whiting, 39, hadir di Mahkamah Majistret Oxford untuk didakwa kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian ketika berada bawah pengaruh dadah.

Dia direman dalam tahanan dan akan hadir di Mahkamah Oxford Crown pada 28 Mac.

Baca Lagi:

Vaksin kedua untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan

Seorang lelaki sanggup berendam dalam ais lebih tiga jam untuk pecahkan rekod dunia

4 fakta dan maksud sebenar kedai serbaneka 7-Eleven yang ramai tak tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *