Vaksin kedua untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan

Vaksin kedua untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan

Vaksin kedua untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan . Kerajaan telah meluluskan penggunaan CoronaVac sebagai vaksin kedua untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun, selepas vaksin Comirnaty (Pfizer- BioNTech).

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ia sekali gus memberikan pilihan kepada ibu bapa sekiranya anak-anak mereka tidak boleh menerima vaksin Comirnaty atas sebab kesihatan atau jika mereka tidak bersetuju untuk menggunakan vaksin Comirnaty.

Menurutnya, Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang ke 370 pada 3 Mac yang lalu telah memberi kelulusan bersyarat penggunaan CoronaVac Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd., Malaysia untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun.

“Vaksin CoronaVac hanya boleh diberi apabila kanak-kanak mencapai usia 5 tahun pada tarikh lahir. Bagi mendapatkan status vaksinasi lengkap, dua dos vaksin CoronaVac dengan selang masa 4 minggu perlu diberikan kepada kanak- kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

“Mulai 7 Mac lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mula menawarkan vaksin CoronaVac di Pusat Pemberian Vaksin yang terpilih. Ibu bapa boleh menyemak senarai nama serta waktu operasi pusat pemberian vaksin yang menawarkan CoronaVac secara walk-in di laman web KKM dan PHCorp yang telah diumumkan sebelum ini.

“Ibu bapa yang mendaftarkan anak dalam aplikasi MySejahtera pula akan menerima pautan kepada tempahan janji temu vaksinasi anak-anak mereka.

“Penawaran vaksin CoronaVac di PPV yang dikendalikan oleh KKM dan PHCorp dibawah PICKids adalah percuma. Selain dari program PICKids, terdapat juga klinik dan hospital swasta yang menawarkan vaksin CoronaVac kepada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun dengan bayaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Berdasarkan data dalam CovidNow, sehingga Sabtu, jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun menunjukkan peningkatan ketara apabila 123,053 orang disahkan positif virus itu semenjak Januari 2022.

Terdapat juga kes yang memerlukan rawatan di hospital dan sebilangannya memerlukan rawatan intensif di unit rawatan rapi (ICU).

Justeru, bagi memastikan perlindungan optimum terhadap jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak 5 hingga 11 tahun, vaksin Comirnaty (Pfizer- BioNTech) formulari kanak-kanak telah diluluskan pada 6 Januari 2022 berlandaskan data keberkesanan dan keselamatan vaksin melalui kajian klinikal dan Real World Data.

Vaksin Comirnaty formulari kanak-kanak adalah vaksin yang diberi keutamaan dalam PICKids termasuk kanak- kanak berusia 5 hingga 11 tahun yang berisiko tinggi dan mempunyai komorbiditi seperti individu yang mempunyai rendah imun atau ‘immunocompromised’, penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, kencing manis, obesiti dan lain-lain.

Baca Lagi:

4 fakta dan maksud sebenar kedai serbaneka 7-Eleven yang ramai tak tahu

Lelaki ini kongsi pengalaman jalan kaki dari KL ke Kelantan nak jumpa anak bini selepas 1 bulan tak kerja

[VIDEO] Anwar kena tegur oleh pegawai KKM kerana tanggalkan pelitup muka ketika berkempen

CATEGORIES
TAGS