Bank boleh sekat akaun pelanggan mencurigakan – Menteri Kewangan

Bank boleh sekat akaun pelanggan mencurigakan - Menteri Kewangan

Bank boleh sekat akaun pelanggan mencurigakan – Menteri Kewangan. Sekatan terhadap mana-mana akaun pelanggan boleh dilakukan oleh pihak bank jika disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sekatan tersebut tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui semasa pembukaan akaun.

“Sekiranya terdapat transaksi sesebuah akaun menimbulkan kecurigaan, pihak bank boleh mengenakan sekatan sementara ke atas akaun tersebut.

“Sekatan tersebut bagi membolehkan penilaian secara menyeluruh dilaksanakan, di samping memastikan wang daripada aktiviti penipuan ataupun aktiviti-aktiviti jenayah lain tidak dikeluarkan daripada akaun tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu adakah pihak bank mempunyai kuasa menutup akaun pengguna secara serta-merta hanya berdasarkan kepada fakta bahawa ada transaksi yang mencurigakan dalam akaun pelanggan, tanpa melakukan siasatan atau inkuiri terhadap pemegang akaun.

Baca Lagi:

Vaksin kedua untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan

4 fakta dan maksud sebenar kedai serbaneka 7-Eleven yang ramai tak tahu

Mysejahtera mungkin akan digunakan untuk mudahkan derma organ

Leave a Reply

Your email address will not be published.