Rupanya ini cara mudah keluarkan semut yang masuk dalam bekas gula, tak sampai sejam pun semua keluar

Rupanya ini cara mudah keluarkan semut yang masuk dalam bekas gula, tak sampai sejam pun semua keluar

Rupanya ini cara mudah keluarkan semut yang masuk dalam bekas gula, tak sampai sejam pun semua keluar. Cara Mudah Keluarkan Semut – Takkan nak buang pula kan. Jadi boleh guna cara yang dikongsi oleh Ameera ini untuk kita keluarkan semut daripada balang gula. Caranya cukup mudah cuma guna kulit kayu manis.

Satu balang penuh dengan gula, tapi dek kerana tutup tak ketat habis dimasuki semut. Ada juga gula masih lagi dalam pek belum dibuka tapi dah ada semut di dalamnya.

Hukum makan semut

Rupanya ini cara mudah keluarkan semut yang masuk dalam bekas gula, tak sampai sejam pun semua keluar

Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semut adalah haram dimakan kerana sifatnya sebagai bangkai; matinya tidak disembelih. Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati.

Kita juga dilarang untuk membunuh semut. Hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابِّ: النَّمْلَةِ، وَالنَّحْلَةِ، وَالْهُدْهُدِ، وَالصُّرَدِ

Maksudnya: “Rasulullah ﷺ melarang daripada membunuh empat binatang yang melata: semut, lebah, hud-hud dan al-surad (sejenis burung lang).”

Riwayat Ahmad (3066), hadis sahih.

Cara Mudah Keluarkan Semut :

1. Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.

2. Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.

3. Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.

4. Sebaiknya periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.

Ini hasilnya selepas sejam.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

Baca Lagi:
Acara lumba lari dalam guni bertukar duka, wanita hembus nafas terakhir di garisan penamat
Makcik tinggal dirumah usang ada aset RM1.7 juta, sekali lembaga zakat dedah siapa sebenarnya makcik ini
Lelaki rasa bangga kenakan pasar raya yang tak sediakan plastik beli barang, sekali ini yang terjadi
CATEGORIES