Acara lumba lari dalam guni bertukar duka, wanita hembus nafas terakhir di garisan penamat

Acara lumba lari dalam guni bertukar duka, wanita hembus nafas terakhir di garisan penamat

Acara lumba lari dalam guni bertukar duka, wanita hembus nafas terakhir di garisan penamat. Sempena Hari Ulang Tahun ke-78 Republik Indonesia, rakyat Indonesia menyambut meriah Hari Kemerdekaan itu dengan cara masing-masing sekali gus menaikkan semangat patriotisme mereka kepada negara. Tidak ketinggalan, sebuah kampung di Kerinci, Jambi turut mengadakan acara sukaneka yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Acara berlangsung jam 3.30 petang semalam…Suri rumah tiba-tiba rebah di garisan penamat

Malang sekali ketika berlangsungnya acara Lumba Lari Dalam Guni semalam, seorang wanita berusia 39 tahun didapati rebah secara tiba-tiba di garisan penamat. Seperti biasa, awalnya semua penduduk bersorak meriah untuk memberikan sokongan kepada para peserta yang semangat berlari. Daripada gelak tawa bertukar duka, awalnya mereka fikir tiada apa-apa benda serius terjadi.

Acara lumba lari dalam guni bertukar duka, wanita hembus nafas terakhir di garisan penamat

Dipercayai kepenatan selepas mengikuti acara lari dalam guni

Kerana tidak sedarkan diri, wanita terbabit segera dibawa ke klinik berdekatan untuk rujukan lanjut. Siapa sangka, rupanya pemeriksaan oleh pihak medik tidak sempat dibuat kerana dia telah pun menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat kelelahan selepas menyertai larian sukaneka terbabit. Menurut makluman, Allahyarhamah telah dikebumikan selepas solat Jumaat pada hari ini sementara program sukaneka itu telah pun dihentikan.

Kejadian berlaku sekitar jam 6 petang

Sementara itu di sebuah perkampungan daerah lain, seorang lelaki berusia 36 tahun juga ‘tewas’ di saat menyertai acara Lumba Panjat Pinang. Seorang rakannya yang berada di posisi paling atas dikatakan tergelincir ke bawah lalu menghempapnya. Lelaki yang bekerja sebagai pengait sawit itu alami sesak nafas dan disahkan sudah tiada saat dikejarkan ke pusat rawatan.

@indojatipos_video Allfatihah..seorang Ibu rmah tangga di kerinci, Tamiai mengikuti lomba pacu karung terjatuh lalu..tutup usia. . Baca berita di indojatipos.com #hutri78 #indojatipos #indojatipos #kerinci #sungaipenuh #HUTRI78 #jambi ♬ suara asli – Indojatipos

Baca Lagi:
PM Anwar Islamkan saudara baharu bernama Muhammad Anwar selepas solat jumaat
Murid kecewa kotak yang disangka ada ayam goreng McDonalds, sebenarnya berisi roti krim dan air kotak
Makcik tinggal dirumah usang ada aset RM1.7 juta, sekali lembaga zakat dedah siapa sebenarnya makcik ini
CATEGORIES