Pasar mini paling sukar dikunjungi di dunia, terletak di lereng bukit setinggi 120 meter

Pasar mini paling sukar dikunjungi di dunia, terletak di lereng bukit setinggi 120 meter

Pasar mini paling sukar dikunjungi di dunia, terletak di lereng bukit setinggi 120 meter. Sebuah pasar mini di China menjadi perhatian pengguna media sosial kerana terletak di sebuah lereng, menyebabkan ia digelar ‘pasar mini paling menyukarkan di dunia’, lapor akhbar Daily Star.

Terletak di Taman Negara Geologi Shiniuzhai, dalam wilayah Hunan, kedai tersebut dibina pada ketinggian 120 meter dari darat dan terletak di tengah-tengah lereng.

Kedai kecil dibina daripada kayu itu membekalkan makanan yang memberikan nutrisi kepada para pendaki ketika mereka mendaki bongkah gunung batu yang sukar itu, menurut akhbar Daily Star.

Pasar mini paling sukar dikunjungi di dunia, terletak di lereng bukit setinggi 120 meter

Beberapa gambar yang dikongsikan di platform X baru-baru ini menunjukkan kedudukan kedai tersebut, membuatkan ramai netizen terpegun.

“Di wilayah Hunan di China, pada ketinggian 120 meter di tepi lereng, terdapat sebuah kedai menjual makanan ringan dan minuman kepada pendaki.
“Pekerja kedai menambah stok barangan menggunakan zipline, bagi menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dengan pemandangan menakjubkan,” demikian menurut hantaran itu.

Hantaran tersebut tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Hebat sekali! Adakah pekerja perlu mendaki setiap hari untuk pergi kerja?” kata seorang pengguna, dipetik daripada akhbar Daily Star.
“Ia sangat hebat! Satu cara inovatif untuk menggabungkan pemandangan menakjubkan dan kemudahan kepada pendaki,” kata pengguna lain.
Baca Lagi:
Makcik tinggal dirumah usang ada aset RM1.7 juta, sekali lembaga zakat dedah siapa sebenarnya makcik ini
Acara lumba lari dalam guni bertukar duka, wanita hembus nafas terakhir di garisan penamat
PM Anwar Islamkan saudara baharu bernama Muhammad Anwar selepas solat jumaat
CATEGORIES