Rupanya ini 5 negara yang ramai rakyatnya datang bekerja di Malaysia, tak sangka no.1 hampir 1 juta penduduknya

Rupanya ini 5 negara yang ramai rakyatnya datang bekerja di Malaysia, tak sangka no.1 hampir 1 juta penduduknya

Rupanya ini 5 negara yang ramai rakyatnya datang bekerja di Malaysia, tak sangka no.1 hampir 1 juta penduduknya. Walaupun semakin ramai warga tempatan dialporkan berminat untuk menyertai pekerjaan dalam kerja 3D iaitu ‘dirty, dangerous and demeaning’, jumlah yang mahu masih rendah jika dibandingkan dengan keperluan pembangunan negara kita.

Jika kami tanya kepada anda, pekerja asing dari mana yang paling ramai apa jawapan anda? Bangladesh, Indonesia atau Myanmar? Mari kita hilangkan kekusutan itu dan semak melalui jawapan yang dikongsi oleh Menteri Sumber Manusia berkenaan jumlah pekerja asing berdaftar di Malaysia, dalam Parlimen.

Rupanya ini 5 negara yang ramai rakyatnya datang bekerja di Malaysia, tak sangka no.1 hampir 1 juta penduduknya

5. India (113,628 orang)

Pekerja India yang datang ke Malaysia hanya dibenarkan bekerja dalam 5 bidang iaitu pembuatan, perladangan, pertanian, pembinaan dan juga perkhidmatan. Kami rasakan kebanyakan di antara mereka memilih untuk menjadi pekerja dalam perniagaan restoran, khidmat gunting rambut atau sebagai pencuci kereta kerana pekerja India kerap dijumpai dalam perkhidmatan-perkhidmatan itu.

4. Myanmar (121,050 orang)

Rupanya ini 5 negara yang ramai rakyatnya datang bekerja di Malaysia, tak sangka no.1 hampir 1 juta penduduknya

Kerajaan Myanmar telah mengumumkan akan menarik balik penghantaran pekerja mereka ke Malaysia selepas Malaysia secara terbuka menyatakan sokongan ke atas komuniti Rohingya di Rakhine, Myanmar. Seramai 72% pekerja Myanmar bekerja dalam bidang pembuatan, 13% bekerja dalam pembinaan, 11% dalam servis dan selebihnya bekerja dalam bidang pertanian dan perladangan.

3. Bangladesh (222,868 orang)

Rupanya ini 5 negara yang ramai rakyatnya datang bekerja di Malaysia, tak sangka no.1 hampir 1 juta penduduknya

Kami sudah kongsikan kisah bagaimana nasib mereka dilayan seperti binatang andai mereka cuba masuk ke Malaysia melalui cara haram dan menurut pandangan, jumlah sebenar mereka mungkin lebih daripada yang dilaporkan. Pada Januari 2017, Kerajaan Malaysia dan Bangladesh telah menandatangani perjanjian untuk membawa masuk seramai 1.5 juta orang pekerja Bangladesh ke Malaysia dalam tempoh 3 tahun bagi menampung penarikan semula pekerja Myanmar dari Malaysia. Jika anda rujuk portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, warga Bangladesh sebenarnya hanya dibenarkan untuk berkhidmat dalam sektor perladangan sahaja.

2. Nepal (385,320 orang)

Rupanya ini 5 negara yang ramai rakyatnya datang bekerja di Malaysia, tak sangka no.1 hampir 1 juta penduduknya

Mempunyai sejarah panjang sebagai askar yang membantu mempertahankan negara, warga Nepal di Malaysia ketika ini datang ke Malaysia dan 13,349 bekerja sebagai pengawal keselamatan sementara selebihnya bekerja dalam bidang perhidmatan, pembuatan dan perladangan. Pada bulan Julai 2017, kerajaan Nepal telah mengumumkan akan mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah 40 ribu warga mereka yang masuk ke Malaysia secara haram.

1. Indonesia (707,181 orang)

Rupanya ini 5 negara yang ramai rakyatnya datang bekerja di Malaysia, tak sangka no.1 hampir 1 juta penduduknya

Majoriti jumlah pekerja asing di Malaysia datangnya daripada negara jiran kita, Indonesia. Kebenaran diberikan kepada pekerja lelaki untuk bekerja dalam semua sektor yang disebutkan di atas kecuali sektor perkilangan manakala tidak wujud had jenis pekerjaan dikenakan ke atas pekerja wanita dari Indonesia.

Baca Lagi:
Shaheizy Sam buat kejutan kepada Bell Ngasri selepas bergelar Bintang Paling Popular ABPBH 2023
Isteri Bell Ngasri dedah sisi lain Barkoba di rumah buat ramai tak sangka
Sanusi dedah dalam kenderaannya ada pistol sepanjang masa
CATEGORIES