Sanusi dedah dalam kenderaannya ada pistol sepanjang masa

Sanusi dedah dalam kenderaannya ada pistol sepanjang masa

Sanusi dedah dalam kenderaannya ada pistol sepanjang masa. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan dalam kenderaannya sepanjang masa ada pistol sebagai langkah keselamatan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, senjata itu dibawa sebagai persediaan susulan maklumat adanya rancangan untuk menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya sejak enam bulan lalu.

Dia berkata, maklumat diterimanya daripada rakan itu memberi amaran bahawa tindakan akan diambil susulan kritikan terbuka kepada pihak tertentu.

Sanusi dedah dalam kenderaannya ada pistol sepanjang masa

“Plot untuk tangkap saya sudah dirancang sejak enam bulan lalu, saya tahu dah, saya ada ‘inteligent’ saya, jumpa orang tu pesan jaga-jaga ada orang nak buat (sesuatu) kepada saya.
“Untuk keselamatan, saya ada pistol dalam kereta 24 jam, ada dua kelopak, 14 peluru satu kelopak, 24 jam berjaga-jaga takut orang buat jahat, orang tak buat jahat saya tak buat jahat pada orang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Gelombang PN di Padang Awam Kuala Ketil, Kedah, malam tadi.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu berkata, tindakan menangkap dan menggarinya sebagai langkah menjatuhkan moral dan menghilangkan kredibilitinya.

“Sudah enam bulan kawan-kawan pesan, yang penting tangkap gari saya, jatuhkan moral dan hilang kredibiliti, selepas itu ceramah orang tak dengar lagi kerana saya sudah dimalukan dengan tangkapan,” kata Sanusi.

Pada 18 Julai lalu, Sanusi ditahan polis pada jam 3 pagi sebelum didakwa di dua mahkamah berasingan di Selayang atas dua pertuduhan berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

SUMBER

Baca Lagi:
Rakaman ular sawa gergasi ditemui dalam tasik Ayer Keroh buat ramai rasa seram sejuk
Kereta terpanjang di dunia, siap ada kolam renang dan boleh main golf
Dulu petani, sekarang lelaki ini jadi jutawan selepas jumpa syiling emas RM4.56 juta di ladang jagung
CATEGORIES