Makhluk apa macam ni? Badan seperti ular tapi ada 2 pasang kaki muncul dalam rumah

Makhluk apa macam ni? Badan seperti ular tapi ada 2 pasang kaki muncul dalam rumah

Makhluk apa macam ni? Badan seperti ular tapi ada 2 pasang kaki muncul dalam rumah. Seorang pengguna Facebook dari Thailand terkejut apabila menemui seekor haiwan yang aneh di rumahnya.

Menurut individu tersebut, haiwan tersebut kelihatan seperti ular kecil tetapi mempunyai dua pasang kaki di sisinya.

Bagi mendapatkan kepastian, dia membuat hantaran di laman sosial untuk bertanya kepada warga maya.

Makhluk apa macam ni? Badan seperti ular tapi ada 2 pasang kaki muncul dalam rumah

“Makhluk apa ini? Ia kelihatan seperti ular tetapi mengapa ia mempunyai kaki?” tulisnya, sambil memuat naik gambar haiwan tersebut.

Tanda tanya individu tersebut akhirnya terjawab apabila pengguna media sosial yang lain memberikan maklum balas.

Difahamkan, haiwan tersebut dikenali sebagai ‘Lygosoma Quadrupes’, iaitu sejenis reptilia kecil dalam kumpulan skink.

Haiwan yang sering disalah anggap sebagai ular ini biasanya berwarna kelabu, hitam, atau coklat muda dan cenderung merayap serta bersembunyi di dalam tanah yang gembur.

Baca Lagi:
“Harap ada yang sudi memberi..”- Datuk Red buat akaun TikTok semata-mata mahu cari kerja sebab nak sara anak & bayar hutang?
‘Suami macam budak kecil kena arahkan solat, kerap tidur siang hingga gemuk, isteri dah mula rasa hilang selera tengok keadaan suami’
Umur baru 45 tapi dah ada RM1 juta dalam KWSP, lelaki ini kongsi tip jadi jutawan senyap-senyap
CATEGORIES