Rider cuak hantar barang naik lif, keluar lif jumpa ‘alam lain’, rupanya ini yang terjadi sebenarnya

Rider cuak hantar barang naik lif, keluar lif jumpa ‘alam lain’, rupanya ini yang terjadi sebenarnya

Rider cuak hantar barang naik lif, keluar lif jumpa ‘alam lain’, rupanya ini yang terjadi sebenarnya. SEJAK menjadi rider Grab empat tahun lalu, Afzal Nisyam bagaikan sudah lali dengan pelbagai ragam pelanggan yang berurusan dengannya setiap hari.

Terbaharu, pemuda itu berdepan pengalaman unik apabila dia ditugaskan untuk menghantar kiriman ubat ke sebuah flat di sekitar Keramat pada Sabtu.

Sejurus keluar dari lif, Afzal, 29, mengakui terkejut melihat dekorasi ruang tamu lengkap dengan sofa dan meja makan, menyebabkan dia menyangka dirinya tersilap masuk ke dalam rumah orang.

Rider cuak hantar barang naik lif, keluar lif jumpa 'alam lain', rupanya ini yang terjadi sebenarnya

“Flat itu terletak di kawasan Keramat. Saya naik lif macam biasa kerana perlu menghantar ubat. Ketika keluar lif, saya terkejut tengok sebab macam berada di ruang tamu.

“Saya ingat dah silap masuk rumah orang. Rupa-rupanya kawasan depan rumah dihias macam ruang tamu. Seingat saya level itu ada empat unit rumah.

“Jadi, setiap unit itu dihias dengan sofa di kawasan luar rumah mereka. Selain itu, ada juga meja makan, lengkap dengan kipas siling lagi,” ujarnya.

Menurut Afzal yang menetap di Kuala Lumpur, dia kagum melihat kawasan kejiranan itu yang disifatkannya unik dan berbeza dengan kediaman-kediaman lain.

“Bila tengok tu, saya kagum sebab kawasan luar rumah mereka di level itu sangat bersih. Ia dihias canti. Rasa kagum la.

“Cuma waktu tu saya tak sempat nak rakam habis. Saya hantar ubat di sana sekitar pukul 1 tengah hari, waktu tu tengah hujan,” ujar bekas mekanik itu.

Dalam pada itu, video berkenaan yang dikongsi oleh kakak Afzal menerusi TikTok turut meraih lebih setengah juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

@afzalnisya Rumah area ampang. Kita pun boleh confius bertukar alam lain lepas langkah keluar dari lift😅 Terbaik kejiranan ni👍🏻#fyp #fypシ #fypage #viralvideo #viraltiktok #viral #rumahapartment #ramadhan2023 ♬ NGOPI NGOPI MASEH VIRAL TIKTOK TERBARU 2023 – Grand Mix

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan dekorasi itu, tak kurang juga penghuni sendiri yang tampil berkongsi cerita.

“Aku ingat dia masuk rumah. Rupa-rupanya koridor rumah je. Diaorang ni ada kerjasama ni.

“Bukan tingkat tu je dik. Setiap tingkat memang macam tu. Maksu aku duduk situ. Malam-malam dengar orang borak, karaoke.

“Sini area Keramat. Perkara biasa depan rumah kami hias macam rumah. So raya senang.

“Area Keramat memang begini. Normal kejiranan yang rapat dan selalu buat makan-makan.

“Best flat macam ni. Senang kalau nak buat rumah terbuka, dah ada meja makan kat depan rumah,” tulis beberapa netizen.

Baca Lagi:
Rezeki cleaner selepas pulangkan dompet berisi RM20,459.97 milik peguam terkenal tercicir, tak sangka kejujuran dibalas tawaran mengejutkan
Air balang 6 dara jadi perhatian orang ramai
Kerajaan benarkan 45 jenis bunga api, mercun boleh dijual musim perayaan
CATEGORIES