Air balang 6 dara jadi perhatian orang ramai

Air balang 6 dara jadi perhatian orang ramai

Air balang 6 dara jadi perhatian orang ramai. Enam sahabat berpakat menjual air balang di Jalan Pengkalan Chepa, di sini, bermula Ramadan bagi mencari pendapatan tambahan.

Kesemua mereka, Nur Ain Sebaweh, 22; Noor Ain Syahira Mohd Yusoff, 26; Nor Fatihah Ismail, 27; Nur Ain Abdul Manaf, 28; Syarifah Nur Syahirah Syed Sabri, 30, dan Syamsherra Mat Nasir, 34, menyahut cabaran untuk berniaga walaupun masing-masing tidak mempunyai pengalaman.

Berbekalkan nekad untuk menambah pendapatan tambahan, mereka mengumpul modal dan berpakat untuk berniaga di tepi jalan meskipun masing-masing sudah mempunyai pekerjaan dengan lima daripadanya perunding kewangan dan seorang wartawan.

Air balang 6 dara jadi perhatian orang ramai

Air yang dijual enam sahabat berkenaan termasuk air keladi, teh bunga, teh ais, rebina laici, milo dan susu karamel.

Antara yang menyebabkan gerai mereka menjadi perhatian pengunjung adalah bagi pembelian tiga air akan mendapat satu air percuma dan harga setiap satu plastik air yang dijual adalah RM5.

Nur Ain berkata, sejak beberapa bulan sebelum Ramadan, mereka sudah mula berfikir dan merancang untuk mencari pendapatan tambahan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.

Katanya, memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman berniaga, mereka memilih untuk menjual aneka air yang dinamakan Air Balang Enam Dara.

Air balang 6 dara jadi perhatian orang ramai

“Nama itu tercetus memandangkan kami mahu menjual enam balang air dan memandangkan lima daripada kami belum berkahwin, kami namakan sebagai air balang enam dara.

“Alhamdulillah walaupun ini pengalaman pertama kami, ia berjalan lancar dan lebih mudah apabila waktu kerja kami agak fleksibel dan mana-mana yang berkelapangan akan turun ke lapangan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di sini.

Baca Lagi:
Power Rangers dan Ultraman pernah diharamkan di Malaysia
Maggi bukan berasal dari Malaysia, ini asal usul sejarah Maggi yang ramai tak tahu
Wanita terkejut balik dari bazar Ramadhan terima mesej puji payudara dari lelaki misteri
CATEGORIES