Kerajaan benarkan 45 jenis bunga api, mercun boleh dijual musim perayaan

Kerajaan benarkan 45 jenis bunga api, mercun boleh dijual musim perayaan

Kerajaan benarkan 45 jenis bunga api, mercun boleh dijual musim perayaan. KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal selia pengimportan dan penjualan mercun dan bunga api berdasarkan Akta Bahan Letupan 1957, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 dan Garis Panduan Mengimport dan Berniaga Bunga Api Jenis Happy Boom dan Pop-Pop untuk jualan umum sahaja sempena musim perayaan.

Pihak Kementerian membenarkan 45 item bunga api dan mercun untuk diimport, disimpan dan diniagakan oleh syarikat-syarikat yang berkelayakan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Kerajaan benarkan 45 jenis bunga api, mercun boleh dijual musim perayaan

“Kelulusan hanya diberikan setelah sesuatu syarikat memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu mempunyai tempat simpan selamat bahan letupan (magazin),” kata Ahli Parlimen Lenggong Barisan Nasional (BN) itu dalam menjawab soalan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai di Dewan Rakyat, hari ini.

Walaupun syarikat dibenarkan mengimport 45 jenis item bunga api dan mercun namun ia perlulah diujinilai dan disahkan selamat oleh pihak polis.

“Dari segi penguatkuasaan keselamatan, PDRM sentiasa menjalankan pemeriksaan Ops Bunga Api Musim Perayaan dan membuat tangkapan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 berkaitan mercun.

Baca Lagi:
Wanita terkejut balik dari bazar Ramadhan terima mesej puji payudara dari lelaki misteri
Ibu Shuib bersuara selepas bakal menantunya Watie berpakaian ‘pelapik meja makan’ tular
Ini sebab kenapa McDonald’s tidak lagi gunakan maskot badut Ronald Mcdonald, rupanya ada kisah yang ramai tak tahu
CATEGORIES