Ini yang akan jadi jika ahli tidak memilih pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 KWSP

Ini yang akan jadi jika ahli tidak memilih pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 KWSP

Ini yang akan jadi jika ahli tidak memilih pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 KWSP. Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Akaun 3 KWSP yang dikenali sebagai Akaun Fleksibel. Pengenalan Akaun 3 KWSP ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai mengeluarkan duit simpanan pada bila-bila masa dengan menetapkan jumlah pindahan sebanyak 10% setiap bulan.

Bagaimanapun, jika anda tidak menetapkan jumlah pindahan tertentu untuk dimasukkan ke dalam Akaun 3 tersebut, bagaimana pihak berkenaan akan mengira jumlah yang akan dipindahkan?

Ya, ahli boleh memilih untuk tidak melakukan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel. Jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, baki simpanan sedia ada akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Selepas tarikh pelaksanaan, semua caruman baharu akan dikreditkan ke dalam ketiga-tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).

Ini yang akan jadi jika ahli tidak memilih pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 KWSP

Perlu diingat bahawa permohonan pilihan amaun permulaan hanya boleh dibuat sekali sahaja melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) dalam tempoh yang ditetapkan (12 Mei hingga 31 Ogos 2024). Selepas permohonan diproses, ia tidak boleh dibatalkan. Bagi yang memilih untuk membuat pindahan ini, permohonan anda dijangka akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja. Mari kita lihat contoh pengiraan di bawah:

Ini yang akan jadi jika ahli tidak memilih pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 KWSP

Untuk pengetahuan umum, anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda. Perlu diingat, had pengeluaran minimum yang dibenarkan ialah RM50.

Anda tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuat permohonan pengeluaran ini. Namun, anda perlu mempunyai akaun bank yang aktif atas nama anda sendiri bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran. Jika anda tidak mempunyai akaun bank aktif, anda boleh memilih kaedah Arahan Bayaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun, dengan mengikuti langkah-langkah yang sama.

Semoga maklumat ini berguna!

Baca Lagi:
PRK KKB: Salah guna gambar Agong, Ramasamy dijel sebulan
Betul ke lelaki Kelantan paling hensem & lelaki Kedah paling lawak dalam Malaysia?
“Ingat lepas kahwin dengan ustazah bahagia, rupanya jadi lelaki ‘tersakiti’”
CATEGORIES