Lelaki bunuh dan kerat daging isteri, anak pelaku dedah punca kejadian. Kisah seorang suami dari Jawa Barat, Indonesia yang membunuh isterinya pada Jumaat masih menjadi tumpuan hingga kini.
Suspek yang berusia 41 tahun itu tidak hanya membunuh isterinya, tetapi juga memotong mayatnya dan menawarkan daging mangsa untuk dijual kepada penduduk kampung.
Dalam perkembangan terkini, Ketua Polis Ciamis, AKBP Akmal, mendedahkan bahawa tertuduh kemungkinan membunuh isterinya disebabkan masalah ekonomi yang sedang melanda keluarganya.
“Berdasarkan pemeriksaan terhadap saksi, terutama saksi utama iaitu anak pelaku dan mangsa, terdapat isu-isu berkaitan dengan keadaan ekonomi keluarga yang membebankan,” katanya.
Walau bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap pelaku serta beberapa saksi lain.
Pada masa ini, pelaku masih ditahan dan ditempatkan dalam sel yang berasingan.
Untuk rekod, kejadian pembunuhan yang menakutkan itu berlaku di Dusun Sindangjaya, Desa Cisontrol, Kecamatan Rancah, Kabupaten Ciamis di Jawa Barat.
Lelaki tersebut menyerang isterinya ketika beliau dalam perjalanan untuk pergi mengaji.
Lebih mengerikan lagi, penduduk kampung mendakwa pelaku meletakkan daging isterinya di dalam bekas ketika cuba menjualnya kepada orang ramai.