Rakyat Malaysia buat perangai parkir ‘double park’ di Jepun hingga masuk berita utama

Photo of author

By Joe

Rakyat Malaysia buat perangai parkir ‘double park’ di Jepun hingga masuk berita utama. Budaya parkir bertindih atau ‘double park’ telah menjadi satu perkara lazim di kalangan rakyat Malaysia, oleh itu tidak menghairankan jika amalan ini diadaptasi hingga ke luar negara.

Menerusi pendedahan @pja_chan di laman Twitter/X miliknya, didedahkan bahawa amalan parkir bertindih yang menjadi kebiasaan di kalangan rakyat Malaysia kini telah menarik perhatian media utama Jepun.

“Rakyat Malaysia disebut dalam berita di Jepun kerana parkir di tempat letak kereta seperti ini dan menyebabkan kemarahan rakyat Jepun.

Rakyat Malaysia buat perangai parkir 'double park' di Jepun hingga masuk berita utama

“Ini tempat letak kereta berbayar yang telah disediakan ruang untuk setiap kereta, dan tidak boleh parkir bertindih seperti ini. Mengapa melakukan ini sehingga menyusahkan orang,” katanya.

Diketahui bahawa insiden berlaku berhampiran Matsumoto Castle, prefecture Aichi dan kereta tersebut disewa oleh sekumpulan wanita Malaysia.

Kejadian bermula apabila kereta di hadapan hendak keluar, tetapi terhalang oleh kereta sewa milik wanita Malaysia ini yang berada di hadapan, menghalang jalan utama.

Sementara itu, pemilik kereta di belakang mendakwa wanita Malaysia ini meminta dia mengundurkan kereta untuk membolehkan mereka keluar.

Menurut @pja_chan, perkara parkir di Jepun menjadi isu besar kerana negara tersebut tidak menggalakkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

“Terdapat tempat letak kereta berbayar yang ditetapkan. Tiada konsep parkir bertindih. Oleh kerana perkara ini, ramai orang Jepun marah-marah kepada rakyat Malaysia di Internet.

Kejadian ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada negara, tetapi juga kepada mereka yang telah menetap lama di sana.

“Akibatnya, kesan buruk ini melibatkan rakyat Malaysia yang menetap di sana terutamanya, kerana sudah wujud gambaran negatif. Mungkin selepas ini, orang Jepun tidak akan suka dengan pelancong Malaysia,” katanya.

Baca Lagi:
Guna taktik tarikh lahir gabung nombor kereta, pengawal keselamatan dari Sabah jadi jutawan selepas menang ‘jackpot’ RM13.4 juta
“Suami pesara awal kantoi kahwin lain, bila aku pergi serang, lain pula yang jadi, suami dedah madunya pernah dirogol orang dan anak dilarang tukar agama”
Miliki 350,000 jutawan, bandar ini tersenarai paling ramai jutawan di dunia