Selepas kena boikot, KFC ditutup sementara dan akan dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

Selepas kena boikot, KFC ditutup sementara dan akan dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

Selepas kena boikot, KFC ditutup sementara dan akan dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders. Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup buat sementara waktu susulan siri tunjuk perasaan pro-Palestin pada minggu lalu, lapor portal berita Arab News kelmarin.

Restoran terletak di Dely Ibrahim, pinggir Algiers itu bagaimanapun beroperasi tanpa logo Kolonel Sanders pada bangunannya.

Kolonel Sanders dari Amerika Syarikat (AS) yang meninggal dunia pada 1980 merupakan pengasas restoran itu.

Selepas kena boikot, KFC ditutup sementara dan akan dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

Namun, masih tidak jelas sama ada restoran tersebut telah bertukar milik atau kekal di bawah payung syarikat induk KFC, Yum! Brands.
Restoran itu sebelum ini diboikot kerana dituduh mempunyai kaitan dengan Israel walaupun berpangkalan di AS.

Yum! Brands pula didakwa telah membuat pelaburan dalam syarikat milik Israel termasuk TicTuk.

TicTuk membolehkan pelanggan memesan makanan menerusi rangkaian sosial dan aplikasi mesej.

Pada 16 April lalu, penunjuk perasaan berkumpul di luar restoran tersebut dan menyeru ia diboikot selain menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin ketika perang Israel-Hamas berterusan di Semenanjung Gaza.

Baca Lagi:
Isteri kerap kena jangkitan UTI, rupanya punca dari suami sebab selalu kencing tak basuh
“Suami bagitahu dekat kekasih dia yang aku benarkan bermadu tapi dengan syarat, sekali menangis meroyan dia bila tahu syarat yang aku bagi”
“Cepat buat kerja habis rata semua”- Netizen puji DBKL roboh semua kedai warga asing di Pasar Chow kit
CATEGORIES