Leona tunjuk perangai sebenar atas pentas, nyanyi lagu ‘Bey sobar bey’ secara ‘live’. Walaupun tidak tersenarai dalam senarai persembahan, tetapi tingkah laku spontan Kasih Leona yang mempengaruhi media sosial, menarik perhatian penonton di Konsert Loop Music Festival semalam dengan lagu Cinta Setandan Pisang.
Menapak pentas menjelang akhir acara, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu dengan mesra menyapa penonton sebelum menyanyikan lagu yang popular dengan lirik ‘bey sobar bey’.
Muncul mengenakan gaun pendek putih, dia menari sambil menyanyikan lagu popular asal Kelantan.
“Hai semua! Nak dengar saya menyanyi tak?
“Bey sobar bey, bey rileks bey, jange jange wi jadi gegey.
“Seronok jumpa semua! Cantik tak saya? Saya sangat teruja dan perlu pergi sekarang!” katanya.
Tidak hanya penonton, netizen juga terhibur dengan sikap sederhana Kasih Iris Leona Azhar, malah ada yang menganggap penampilannya sebagai penutup yang paling menghiburkan.
“Tak sangka Leona muncul, dia kelakar!
“Terhibur betul dengan perangai ‘masuk air’ Leona,” komen netizen.
@mawaris_ bey sabo bey #loopmusicfestival @le yoooooooo na ♬ original sound – Ismul Adham
Sebelum itu, artis lain yang turut mempersembahkan persembahan dalam konsert yang disokong oleh AirAsia dan Tune Group itu termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Kugiran Masdo, Amelina, dan Noraniza Idris.
Sebelum ini, Leona yang juga cucu Pengasas Bersama serta bekas Pengerusi AirAsia Berhad iaitu Allahyarham Datuk Pahamin Abdul Rajab telah beberapa kali mencuri perhatian ramai apabila ‘merosakkan’ lagi raya Ketipak Ketipung Raya milik Aisha Retno dan Aziz Harun menjadi ketiak bau bawang.
Bukan itu sahaja, dia juga membuatkan ramai terhibur dengan usaha kerasnya untuk bertutur dengan lancar dalam bahasa Malaysia.