Rafizi dedah parlimen akan dibubar beberapa hari lagi

Rafizi dedah parlimen akan dibubar beberapa hari lagi

Rafizi dedah parlimen akan dibubar beberapa hari lagi.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjangkakan Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Dalam kenyataan di Twitter, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, masa depan negara kini di tangan kira-kira enam juta pengundi muda dan yang kali pertama mengundi.

Rafizi dedah parlimen akan dibubar beberapa hari lagi

“Pada perjumpaan ‘townhall’ Sabtu ini, mungkin peluang terakhir Izzah dan saya untuk bertemu serta bertukar pendapat dengan pengundi muda,” katanya yang merujuk kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Rafizi membuat kenyataan itu beberapa jam selepas mesyuarat Umno yang berlangsung di ibu pejabat parti itu hari ini.

FMT melaporkan, pemimpin tertinggi Umno sudah bersetuju dengan tarikh untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Terdapat juga khabar angin mengatakan Parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

Jumaat lalu, pemimpin Umno mengesahkan PRU15 akan diadakan tahun ini dan Ismail diberi kebebasan untuk mempersembahkan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pembangkang sebelum ini mendesak PRU15 tidak diadakan dalam tempoh terdekat dengan alasan semakin menghampiri musim banjir dan isu ekonomi negara.

BACA JUGA :
Ejen kosmetik Azi kongsi pengalaman 16 hari diculik buat ramai terkejut
Tular video lintah hidup berenang di dalam mi sup, netizen kembang tekak!
Tempoh mengundi akan dilanjut 1 jam pada PRU15
CATEGORIES